
EKSPLORASI KERJAYA 3.0: JABATAN PENERANGAN
Pada hari Isnin, 14 April 2025 bersamaan 16 Syawal 1446H, Persatuan Alumni Universiti Islam Sultan
Pada hari Isnin, 14 April 2025 bersamaan 16 Syawal 1446H, Persatuan Alumni Universiti Islam Sultan
Isnin, 14 April 2025 – Persatuan Alumni Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat
12 APRIL 2025, SABTU – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pembangunan Kerjaya
Rabu, 30 Ogos 2023 – Bersempena Hafl At-Takharruj Kali ke-13, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) memperluas jaringan kerjasama melalui penandatangan memorandum persafahama (MoU) dan memorandum perjanjian (MoA) bersama beberapa buah institusi-institusi pengajian luar yang ikut menghadiri Hafl At-Takharruj Kali ke-13 UNISSA di Bilik Galeri, Tarindak D’Seni, Bandar Seri Begawan.
Menandatangani bagi pihak UNISSA ialah Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA bersama ketua-ketua perwakilan dari University Chittagong, Bangladesh; Universiti Islam Malang (UNISMA), Indonesia; Universiti Antarabangsa Al-Madinah, (MEDIU) Malaysia dan Institut Agama Islam Almuslim Aceh. dan Universiti Islam Negeri Maulana Malik Ibrahim Malang, Indonesia.
Sementara Penandatanganan Memorandum Persjanjian (MoA) juga turut dilaksanakan diantara Fakulti Bahasa Arab, UNISSA, diwakili oleh Dr Hajah Rafidah binti Haji Abdullah selaku Dekan Fakulti Bahasa Arab UNISSA dan Dekan Fakulti Tarbiya dan Institusi Pendikan Guru, Prof. Dr. H. Nur Ali, M.Pd. mewakili Universiti Islam Negeri Maulana Malik Ibrahim Malang, Indonesia.
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) terus berusaha menjalinkan kerjasama dalam bidang pertukaran tenaga akademik, pelajar, penyelidikan, penerbitan dan khidmat masyarakat.
Dengan termeterainya penandatanganan bersama institusi – institusi pengajian tinggi luar negara tersebut adalah merupakan platform kearah perancangan-perancangan kolaborasi seterusnya yang akan dirancang demi manfaat bersama khususnya mengukuhkan kedudukan UNISSA sebagai hab pengajian tinggi Islam global.