
UNISSA STUDENT GAINS INTERNATIONAL LEARNING EXPERIENCE AT UNIVERSITAS NEGERI MALANG
UNISSA Student Gains International Learning Experience at Universitas Negeri Malang A Year 2 student, Alya

UNISSA Student Gains International Learning Experience at Universitas Negeri Malang A Year 2 student, Alya

TAKLIMAT PEJABAT HAL EHWAL ALUMNI DAN PERSATUAN ALUMNI 2026 DITERUSKAN DENGAN SESI PERKONGSIAN MEMBAWA TEMA

Kuala Lumpur, 30 Julai 2026 – Program Pembangunan Kapasiti Blueprint Endowmen 5.0: Strategi Menjana Dana
Selasa, 22hb Ogos 2023, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan Pesta Konvo kali ke-13 (Mahrajan Hafl Al Takharruj) selama 4 hari iaitu 22hb-25hb Ogos 2023. UNISSA telah mengadakan pertandingan memancing untuk golongan kakitangan UNISSA sahaja sebagai riadah. Pertandingan tersebut diadakan pada hari pertama Pesta Konvo ke-13 di Kolam Akuakultur pada waktu petang dan seramai 17 orang peserta mengikuti pertandingan ini.
Objektif pertandingan adalah untuk memperkenalkan spesis ikan air tawar sebagai Eko-pelancongan dan boleh mendatangkan hasil bagi universiti. Dari situ juga boleh membezakan perkembangan populasi ikan di dalam kolam tersebut. Hanya satu jenis ikan iaitu Tilapia (Oreochromis niloticus) sahaja yang boleh ditangkap diantara spesis lain ketika pertandingan tersebut.
Tempat pertama dimenangi oleh Ina Muziana binti Haji Muhd Muhammda dan menerima wang tunai $100.00 manakala wang tunai $50.00 dimenangi oleh Dr Adam bin Haji Jait sebagai naib juara. Pemenang-pemenang menerima hadiah dari Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA.
