UNISSA LANCARKAN PROTOKOL HIJAU DAN ECO CAMPUS SINAUT

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Rabu, 2 Mac, 2022, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) hari ini telah mengadakan Acara Perasmian Protocol Hijau dengan penanaman 100 anak pokok yang terdiri dari berbagai jenis pokok buah-buahan dan termasuk juga dari jenis pokok bunga hiasan. Acara berlangsung di Kampus UNISSA Sinaut.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA yang seterusnya merasmikan acara Protokol Hijau dan Eco Campus Sinaut, UNISSA.

Acara diteruskan dengan perasmian Projek Eco Campus Sinaut, UNISSA yang dikendalikan oleh Halalan Thayyiban Student Society, Pusat Penyelidikan Halalan Thayiibban, Projek ini dilaksanakan bersempena dengan Festival Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-38 tahun dibawah kluster projek kemasyarakatan.

Projek Eco Campus Sinaut merupakan inisiatif persatuan pelajar bukan saja untuk melestarikan alam sekitar malah bertujuan untuk mendidik jiwa pelajar dalam menjaga kepentingan penanaman pokok di kawasan terpilih.  Aktiviti pengindahan lanskap, menghias kampus dengan menggunakan barang terpakai adalah sebahagian daripada kreativiti pelajar di samping pendedahan semangat sukarelawan dan juga cintakan alam sekitar.

Projek ini juga mendukung Garispanduan Protokol Hijau yang di lancarkan oleh Majlis Iklim Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan juga memenuhi kehendak Sustainable Development Goals (SDGs) yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu berkenaan dengan Green Landscape and Infrastructure dibawah matlamat Climate Action.

Pelaksanaan projek ini diketuai oleh Dayang Raihana Mohd Raffi, Penolong Pensyarah di Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban, Universiti Islam Sultan Sharif Ali. Projek ini juga menerima sumbangan barang terpakai dari orang awam seperti tayar, trey telur, kotak, suratkhabar dan juga botol plastik. Ini bertujuan untuk mengurang pencemaran alam sekitar mengurangkan penggunaan bahan mentah baru.

Turut menyaksikan acara tersebut ialah Pemangku Timbalan Rektor, Dr Arman bin Haji Asmad, Penolong-Penolong Rektor, Pegawai-Pegawai Utama serta Tenaga Akademik UNISSA.