Share News
Recent News

PENDAFTARAN BAGI PROGRAM TADABBUR AL-QUR’AN, SESI MAC 2023M, ANJURAN UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIFF ALI
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PKPSH) dengan

MAJLIS MEMPERBAHARUI LANTIKAN YM PROF DR ABDUL SOMAD SEBAGAI PROFESOR KUNJUNGAN (VISITING PROFESSOR) DI FAKULTI USULUDDIN, UNISSA DAN DITERUSKAN DENGAN PENYAMPAIAN CERAMAH KHAS YANG BERTAJUK “INTEGRASI ILMU DAN AKHLAK” DARIPADA YM PROF DR ABDUL SOMAD
Sabtu, 28 Januari 2023 – Majlis memperbaharui lantikan YM Prof Dr Abdul Somad sebagai Profesor

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MEI – Universiti Islam Sultan Sharif Ali, UNISSA melalui Fakulti Usuluddin telah telah menandatangani memorandum perjanjian (MoA) Pusat Pengkajian Kefahaman Ahli Sunnah Waljama’ah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) yang berlangsung di Bilik Taqwa, KUPU SB.
Menandatangani bagi pihak UNISSA ialah Pemangku Penolong Rektor (Hal Ehwal Akademik), Pengiran Dr Hajah Norkhairiah binti Pengiran Haji Hashim manakala bagi pihak KUPU SB ditandatangani oleh Pemangku Penolong Ra’es, Datin Dr Hajah Noor Hira binti Haji Noor Kaseh.
Perjanjian ini meliputi kerjasama dalam bidang penganjuran bersama persidangan dan bengkel, pengajaran dan pembelajaran, kursus-kursus latihan, pertukaran penerbitan dan program kerjasama penyelidikan jurnal Ahli Sunnah Waljamaah.
Ia turut membabitkan jerayawara pengukuhan kefahaman Ahli Sunah Waljamaah, bantuan teknikal atau latihan serta kerjasama dalam bidang-bidang berkepentingan bersama.
Majlis turut diisikan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengarah Pusat Pengkajian Kefahaman Ahli Sunnah Waljamaah KUPU SB, Haji Mohd Azmi bin Haji Omar dan Dekan Fakulti Usuluddin UNISSA, Dr Hajah Lily Suzana binti Haji Samsu. Dengan termeterainya perjanjian itu, kedua-dua universiti berharap dapat berganding bahu mencapai matlamat menjelmakan sebuah masyarakat bangsa yang benar-benar berilmu, beramal dan bertakwa mengikut ajaran Ahli Sunnah Waljamaah dan memperkukuhkan aliran Ahli Sunnah Waljamaah di negara ini.




