
MENERIMA KUNJUNGAN SILATURRAHIM DARIPADA PIMPINAN CABANG ISTIMEWA IKATAN KELUARGA PONDOK MODERN (PCI IPKM) GONTOR
Khamis, 15 Mei 2025 – Kunjungan silaturrahim daripada Pimpinan Cabang Istimewa Ikatan Keluarga Pondok Modern
Khamis, 15 Mei 2025 – Kunjungan silaturrahim daripada Pimpinan Cabang Istimewa Ikatan Keluarga Pondok Modern
Selasa, 13 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) buat pertama kalinya telah
Rabu, 7 Mei 2025 – Satu rombongan dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang
Khamis, 24 April 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) terus memperkukuhkan jaringan antarabangsa sesuai dengan Pelan Strategik UNISSA 2024-2028 apabila menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS) dan Markfield Institute of Higher Education, United Kingdom.
Majlis penandatanganan MoU tersebut diadakan di Bilik Galeri OCIS diantara Dato Seri Setia Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA dan Dr. Farhan Ahmad Nizami, Pengarah OCIS. Kedua-dua institusi menzahirkan tekad untuk bekerjsama dalam memperkukuhkan kecemerlangan ilmu dan penyelidikan.
Sebelum majlis berlangsung, perbincangan dua hala diadakan antara kedua-dua pihak, menumpukan kepada usaha memperkasakan kerjasama dalam bidang pendidikan Islam di peringkat serantau dan global.
Dalam perkembangan berkaitan, Rektor UNISSA juga turut memenuhi undangan menghadiri sesi perbincangan meja bulat bersama Tuan Yang Terutama Dr. Tawfig Al-Rabiah, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, di Dewan Utama OCIS, yang membincangkan pelbagai inisiatif penting dalam isu-isu pembangunan ummah diperingkat global.
Disamping itu, pihak UNISSA juga menandatangani MoU dengan Markfield Institute of Higher Education (MIHE), yang merupakan salah satu inisitusi pengajian tinggi Islam di United Kingdom yang menawarkan beberapa krusus pengajian Islam. Ianya sekali gus membuka lebih banyak ruang kolaborasi akademik dan penyelidikan di peringkat antarabangsa khususnyadalam pengajian Islam. Mengiringi Rektor UNISSA dalam perbincangan dua-hala bersama institusi-institusi pengajian tinggi di United Kingdom ini ialah Dr. Mohammad Hilmy Baihaqy bin Haji Awang Yussof, Pengarah Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa, UNISSA.
Kerjasama strategik ini diharap menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ilmu yang berterusan disamping memperkukuh jaringan global UNISSA dalam memartabatkan pendidikan Islam di pentas dunia.