
Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, UNISSA sertai Blueprint Endowmen 5.0 bagi memperkukuh kelestarian kewangan UNISSA
Kuala Lumpur, 30 Julai 2026 – Program Pembangunan Kapasiti Blueprint Endowmen 5.0: Strategi Menjana Dana

Kuala Lumpur, 30 Julai 2026 – Program Pembangunan Kapasiti Blueprint Endowmen 5.0: Strategi Menjana Dana

UNISSA, FEKIm, menghadiri Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara ke-20 telah diadakan di Hilton Hotel, Kinabalu Sabah

Selasa,28 Julai 2026-Alhamdullilah, dua orang pelajar mewakili Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm), iaitu Muhammad
Rabu, 7 Mei 2025 – Satu rombongan dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang diketuai oleh Yang Mulia Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA telah mengadakan lawatan ke Brunei Fertilizer Industries Sdn Bhd (BFI) di Taman Perindustrian Sungai Liang (SPARK), Daerah Belait.
Rombongan UNISSA telah diberikan taklimat mengenai latar belakang dan perkembangan BFI yang mula beroperasi pada tahun 2013 dan seterusnya dibawa meninjau kemudahan dan penghasilan bahan mentah yang dikeluarkan oleh BFI.
Lawatan yang disertai oleh pegawai-pegawai eksekutif UNISSA dan tenaga akademik Fakulti Pertanian dan Pusat Penyelidikan Halalan Tayyiban UNISSA diadakan bagi meneroka peluang kerjasama antara UNISSA dan BFI. Disamping itu, perbincangan ilmiah diantara kedua-dua pihak yang menumpukan kepada penyelidikan bersama berkaitan baja dan penggunaannya di sektor pertanian tempatan juga diadakan.
Pembangunan modal insan melalui program latihan industri UNISSA juga dibincangkan dalam kunjungan ini termasuk menyediakan latihan kemahiran baharu kepada pelajar-pelajar UNISSA melalui interaksi langsung dan pemindahan pengetahuan daripada pakar industri di bawah BFI.
Kunjungan ini membuka ruang UNISSA dan BFI mengatur langkah strategik untuk memanfaatkan kekuatan gabungan akademik dan industri dalam memacu inovasi, membangunkan tenaga kerja mahir, dan mempelbagaikan ekonomi Brunei khususnya dalam sektor pertanian.