
EMPAT PELAJAR FPPI RAIH KEJAYAAN DALAM MUSABAQAH TILAWATIL QURAN BELIA KEBANGSAAN 1448H/2026M
1 Oktober 2026 – Empat orang pelajar Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), Universiti Islam Sultan

1 Oktober 2026 – Empat orang pelajar Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), Universiti Islam Sultan

25 September 2026 – Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Open Maktabah yang diadakan selama dua hari berturut-turut, bermula pada
Selasa, 13 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) buat pertama kalinya telah menerima anugerah Anugerah Peneraju 3G dalam Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia 2025 (3G Champion Award in Education and Human Resource Development Award 2025) dalam Majlis Anugerah Urus Tadbir Baik Global (Anugerah 3G) ke-10 (10th Global Good Governance Award) yang berlangsung di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Anugerah ini merupakan hasil penilaian Cambridge IFA dan disampaikan oleh Timbalan Menteri (Urus Tadbir Perkhidmatan Awam) di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos yang juga selaku Tetamu Kehormat Majlis.
Hadir bagi menerima penganugerahan tersebut bagi pihak UNISSA ialah Rektor UNISSA, Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal.
Majlis penyampaian anugerah itu adalah sebahagian daripada acara Sidang Kemuncak 3G (Global Good Governance Summit)yang dianjurkan oleh Cambridge IFA (Cambridge Institute of Islamic Finance) dengan kerjasama Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan dengan sokongan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD).
Anugerah 3G merupakan satu program tahunan bagi memberi penghargaan kepada individu, kerajaan, institusi awam dan swasta, serta NGO yang telah menyumbangkan usaha cemerlang dalam bidang itu. Anugerah ini menjadi sumber inspirasi dalam memperkukuhkan prinsip urus tadbir yang baik, ketelusan, serta tanggungjawab sosial, khususnya dalam tiga sektor utama: Kerajaan & Politik, Sektor Korporat, dan Sektor Sosial & Filantropi.
Rektor UNISSA berharap dengan pencapaian anugerah ini, UNISSA akan terus berusaha meningkatkan kualiti dan kecemerlangannya sebagai peneraju pengajian tinggi Islam di rantau ini. Penganugerahan ini secara tidak langsung menjadi satu dorongan bagi seluruh warga UNISSA untuk terus berkembang maju dan meningkatkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang di arena antarabangsa, khususnya dalam memacu pembangunan ummah sejagat.
Kejayaan ini telah mengiktiraf usaha UNISSA sebagai institusi pengajian tinggi Islam yang berdedikasi untuk terus bersikap dinamik dan inovatif serta mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran menerusi platform pendidikan sekali gus dalam sama-sama berusaha mengembangkan dan memperkasa fungsi sumber manusia di peringkat serantau dan global.
Sebanyak 19 penerima dari 15 negara diberi penghormatan pada acara berkenaan, yang menghimpunkan tokoh terkemuka daripada sektor kerajaan dan korporat diperingkat antarabangsa.