
EKSPLORASI KERJAYA 3.0: JABATAN PENERANGAN
Pada hari Isnin, 14 April 2025 bersamaan 16 Syawal 1446H, Persatuan Alumni Universiti Islam Sultan
Pada hari Isnin, 14 April 2025 bersamaan 16 Syawal 1446H, Persatuan Alumni Universiti Islam Sultan
Isnin, 14 April 2025 – Persatuan Alumni Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat
12 APRIL 2025, SABTU – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pembangunan Kerjaya
AHAD, 12 MAC 2023, JAMBATAN RIPAHS DAN TAMAN HAJI SIR MUDA OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN – Pada hari Ahad, 12 Mac yang lalu, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui bahagian Kolej Kediaman, Pejabat Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan aktiviti walkaton ‘UNISSA Hostelites Walk’ dari Jambatan RIPAHS hingga Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien. Aktiviti ini diatur oleh Unit Kolej Kediaman Siswa dan Siswi (UKKSa/Si), Majlis Perwakilan Pelajar, Persatuan Pelajar sesi pengajian 21/22 (MPP PP 2021/2022) dan disasarkan kepada semua pelajar tempatan dan pelajar antarabangsa kolej kediaman siswa dan siswi UNISSA.
Tujuan utama aktiviti riadah ini diadakan adalah bagi mengeratkan silaturahim diantara pelajar tempatan dan pelajar antarabangsa Kolej Kediaman siswa dan siswi UNISSA serta mengenali tempat menarik dan bersejarah di Negara Brunei Darussalam. Selain itu juga, aktiviti ini bertujuan untuk mengamalkan cara hidup sihat agar lebih aktif secara fizikal dan mental serta mengajar untuk mengimbangi masa untuk pembelajaran dan memeduli perihal kesihatan diri.
Sebagai pembuka aktiviti, acara pada hari tersebut dimulakan dengan bacaan Surah al-Fatihah serta doa selamat bagi memberkati acara tersebut. Lalu diteruskan lagi dengan pemanasan badan beramai-ramai dan diteruskan dengan aktiviti walkaton. Aktiviti diakhiri dengan memberi peluang kepada pelajar untuk mengelilingi kawasan bandaraya. Aktiviti riadah ini juga turut dihadiri oleh, Dayang Nurhafizatulhikmah binti Haji Seribini, Dekan Hal Ehwal Pelajar, UNISSA. Jumlah pelajar yang hadir pada hari tersebut adalah lebih kurang 63 orang termasuk kakitangan dan ahli jawatankuasa UNISSA.
Aktiviti riadah UNISSA Hostelites Walk ini merupakan satu inisiatif bahagian Kolej Kediaman UNISSA yang setentunya memberikan manf’at ke arah misi pembangunan belia yang aktif dan produktif bersesuaian dengan matlamat Negara Brunei Darussalam dalam melahirkan belia yang berwawasan dan cemerlang kerana belia setentunya adalah pemaju negara pada masa akan datang. Ini juga adalah salah satu usaha dari Bahagian Kolej Kediaman UNISSA untuk mengeratkan dan memperluaskan lagi hubungan silaturrahim di antara pelajar tempatan dan pelajar antarabangsa, dan warga UNISSA secara amnya. Dengan galakan aktiviti UNISSA Hostelites Walk ini juga, ia akan dapat melahirkan sifat pemedulian, mesra dan keprihatinan di antara satu sama lain di kalangan para pelajar antarabangsa mahupun pelajar tempatan. Tambahan pula, aktiviti ini dijalankan agar para pelajar antarabangsa tidak merasa diketepikan di sepanjang pengajian mereka di Universiti Islam Sultan Sharif Ali.