UNISSA GIAT RANCANG PELAN STRATEGIK BARU

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Dalam usaha merangka pelan strategik baru, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menerusi Pejabat Perancangan dan Pembangunan Strategik (PPPS) telah mengadakan Bengkel Penyediaan Pelan Strategik 2024-2028, pada hari Selasa, 16 Mei lalu, di kampus Gadong. Bengkel tersebut telah disertai oleh pegawai-pegawai eksekutif dan 23 orang fasilitator yang terdiri dari pegawai-pegawai utama dan staf akademik UNISSA.

Bengkel ini merupakan kesinambungan Retreat Penyediaan Pelan Strategik yang telah diadakan pada Februari lalu. Sebagai persiapan awal sebelum bengkel ini diadakan, seramai 23 orang fasilitator dan 50 orang ahli yang terdiri dari pegawai-pegawai utama, staf akademik, pegawai dan kakitangan telah menghadiri dua sesi pra-bengkel pada 25 Februari dan 29 April lalu.

Bengkel Penyediaan Pelan Strategik ini juga merupakan platform bagi peserta bengkel untuk menyumbangkan idea dan pandangan dalam menyediakan Pelan Strategik 2024-2028 serta meningkatkan kesedaran warga UNISSA terhadap kepentingan whole-institution approach dalam sama-sama memajukan UNISSA dan memberi impak yang positif kepada pembangunan Ummah.

Dalam bengkel tersebut, para fasilitator telah membentangkan cadangan Key Performance Indicator (KPI) dan strategi yang dapat mendokong visi dan misi pelan strategik baru nanti. Setakat ini, lebih dari 60 peratus persiapan telah berjaya dilaksanakan bagi penyediaan pelan strategik baru tersebut. Hasil perbincangan bengkel ini akan terus diteliti dan diperhalusi sehingga dapat menghasilkan sebuah pelan strategik yang komprehensif dan holistik, selaras dengan perkembangan dan keperluan semasa.