UNISSA DAN UNIVERSITI QATAR METERAI MOU

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

24 Mei 2022– Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) terus berusaha menjalinkan kerjasama dalam bidang akademik dan penyelidikan bersama institusi pengajian tinggi luar negara.

Perkara itu terbukti setelah termeterainya penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Qatar yang telah diadakan di Bangunan Pentadbiran Universiti berkenaan.

Menandatangani bagi pihak UNISSA ialah Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal manakala bagi pihak Universiti Qatar pula ditandatangani oleh presiden universiti berkenaan, Dr. Hassan Rashid Al-Derham.

Sebelum upacara penandatanganan MoU, para delegasi terlebih dulu mendengar taklimat ringkas yang disampaikan oleh Presiden Universiti Qatar tentang sejarah universiti berkenaan serta program-program yang ditawarkan dan kemajuan dan perkembangan yang dicapai sejak penubuhannya pada tahun 1973.

Rektor UNISSA pula dalam ucapan hormat seterusnya mengucapkan terima kasih kepada pihak Universiti Qatar atas kesudian dalam memberikan sokongan untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang akademik dan penyelidikan antara kedua-dua buah universiti.

Dengan termeterainya Penandatanganan MoU antara UNISSA dan Universiti Qatar itu adalah merupakan platform ke arah perancangan-perancangan kolaborasi seterusnya khususnya dalam pertukaran pelajar dan pengkhususan dalam bidang Bahasa Arab serta penerbitan bahan-bahan ilmiah daripada tenaga professional UNISSA dan Universiti Qatar.

Turut hadir menyaksikan penandatangan MoU tersebut adalah Tuan Yang Terutama Haji Awang Mohamed Bahrin bin Dato Paduka Haji Abu Bakar, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Qatar,Dr. Eiman Mustafawi, Timbalan Presiden (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Qatar, Dr. Haji Hambali bin Haji Jaili, Pemangku Penolong Rektor (Antarabangsa dan Perkhidmatan) UNISSA dan pegawai-pegawai utama Universiti Qatar.