
LIBRARY BOOTCAMP
On 12th March 2023 Sunday, Library Bootcamp was organised by UNISSA Library for Nadi Maktabah,
On 12th March 2023 Sunday, Library Bootcamp was organised by UNISSA Library for Nadi Maktabah,
SABTU 17 Disember 2022 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) – Seramai 16 orang
SABTU, 25 Februari 2023 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Unit Keugamaan dan
22 Oktober 2022; Bersempena Sambutan Maulidur Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam 1444H/2022M, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Unit Tarbiah, Persatuan Alumni UNISSA bersama dengan Unit Keugamaan dan Takmir Surau Al-Syafi’i, Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2021/2022 UNISSA telah mengadakan Majlis Mawlid Akbar pada hari Sabtu, 26hb Rabi’ul Awal 1444 Hijrah bersamaan dengan 22hb Oktober 2022 bertempat di Dewan Auditorium, UNISSA.
Antara objektif sasaran bagi Majlis Mawlid Akbar ini ialah bagi meningkatkan kecintaan belia kepada Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam dan menghidupkan sunnah Baginda di samping untuk menanamkan ketaqwaan dalam diri dengan menjadikan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sebagai ikutan serta mengeratkan silaturahim antara mahasiswa/i dari pelbagai Institut Pengajian Tinggi.
Seramai 115 jemputan yang hadir terdiri daripada warga Mahasiswa/I UNISSA, Ahli-Ahli Persatuan Alumni UNISSA dan jemputan daripada Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Universiti Brunei Darussalam dan Universiti Teknologi Brunei.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah, diikuti dengan Bacaan Mawlid dan Tazkirah bertemakan “Meraih Syafaat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam” yang telah disampaikan oleh Yang Mulia Dr Hafini bin Mahmud, Ketua Pejabat Alumni UNISSA. Acara diakhiri dengan laungan Selawat Tafrijiyyah beramai-ramai.
Majlis seperti ini diharapkan bukan sahaja merapatkan ukhuwah sesama alumni dan pelajar bahkan akan dapat meluaskan jalinan kolaborasi dalam pelbagai program dan aktiviti yang berterusan di masa hadapan.