
EKSPLORASI KERJAYA 3.0: JABATAN PENERANGAN
Pada hari Isnin, 14 April 2025 bersamaan 16 Syawal 1446H, Persatuan Alumni Universiti Islam Sultan
Pada hari Isnin, 14 April 2025 bersamaan 16 Syawal 1446H, Persatuan Alumni Universiti Islam Sultan
Isnin, 14 April 2025 – Persatuan Alumni Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat
12 APRIL 2025, SABTU – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pembangunan Kerjaya
Alhamdulillah, Pejabat Pembangunan Kerjaya dan Jaringan Industri (OCeAN), dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Alumni (HEA), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), telah mengungkayahkan siri pertama bagi Taklimat Persiapan Menceburi Bidang Kerjaya pada hari Rabu, 30 Mac 2022, pada jam 2.30 – 4.00 petang, secara dalam talian. Seramai 57 peserta telah menghadiri taklimat tersebut iaitu terdiri daripada Alumni, Mahasiswa dan Mahasiwi UNISSA.
Taklimat siri pertama ini telah disampaikan oleh dua orang fasilitator dari Sekretariat Tetap Majlis Perancangan Tenaga Manusia dan Pekerjaan (MPEC) iaitu Yang Mulia Puan Nur Saidatul Syahida binti Awang Shahri, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, dan Yang Mulia Tuan Mohammad Asyraf bin Haji Arine, Penolong Pegawai Projek Tingkat I.
Taklimat yang disasarkan kepada para Alumni dan Mahasiswa UNISSA (khususnya mereka yang berada di tahun akhir pengajian) ini antara lain bertujuan untuk mempersiapkan mereka agar mempunyai pengetahuan asas yang cukup tentang tatacara pencarian dan permohonan kerja sama ada di sektor Kerajaan atau pun swasta, di samping mengongsikan panduan dan tips-tips yang berguna dan efektif untuk memohon pekerjaan seperti pengisian borang pendaftaran, penulisan curriculum vitae (CV), persediaan menjalani ujian bertulis atau temuduga, dan lain-lain lagi
Pihak OCeAN dan HEA tidak lupa mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada para peserta yang berkesudian menyertai taklimat ini dan semoga beroleh manfaat yang besar dari apa yang telah dikongsikan, in sha’ Allah.