TAKLIMAT PENYALAHGUNAAN DADAH BAGI MAHASISWA/I UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA) SESI PENGAJIAN 2023/2024

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

12 Ogos 2023, Dewan Auditorium, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) – Pejabat Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan program Survival Guide bagi mahasiswa/i baharu UNISSA sesi pengajian 2023/2024 sebagai persiapan diri dalam mengharungi alam universiti yang penuh cabaran dan dugaan.

Program ini dipenuhi dengan taklimat motivasi dan kesedaran. Antara taklimat yang telah diadakan adalah seperti Taklimat motivasi Goal Setting daripada Persatuan Kemajuan Insan (KESAN).

Pada minggu ini, taklimat kesedaran mengenai Penyalahgunaan dadah disampaikan oleh wakil Biro Kawalan Narkotik (BKN) iaitu Pengiran Wisma Dino bin Pengiran Hamdan.

Taklimat dihadiri oleh seramai 210 mahasiswa/i UNISSA sesi pengajian 2023/2024. Dalam taklimat tersebut, para mahasiswa/i dijelaskan tentang jenis-jenis dadah, kesan dadah kepada kesihatan, mengenal nama samaran yang digunakan pada dadah serta hukuman kepada pengguna atau pengedar dadah yang mana boleh dijatuhkan kepada hukuman gantung jika individu memiliki dadah lebih daripada had tertentu.

Taklimat juga turut menyentuh mengenai cara untuk memberi maklumat kepada pihak BKN jika mahasiswa/i ingin membantu ahli keluarga atau rakan yang terlibat dengan dadah.

Mahasiswa/i juga berkesempatan untuk mengajukan beberapa soalan dan menyuarakan pandangan masing-masing sepanjang taklimat tersebut.