PENANDATANGANAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN KERJASAMA ANTARA BRUNEI DARUSSALAM CENTRAL BANK DAN UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI
Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menandatangani sebuah
Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menandatangani sebuah
Pada hari Khamis, 19 Jamadilawal 1446H bersamaan dengan 21 November 2024M Fakulti Bahasa Arab, Universiti
Pada 18 November 2024 bersamaan dengan 16 Jamadilawal 1446, Fakulti Bahasa Arab, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)
17 Ogos 2022M, Aktiviti dan acara bersempena Mahrajan Hafl al-Takharruj ke-12 UNISSA diteruskan lagi hari ini dengan sesi taklimat bertajuk “Analisis Personaliti Kerjaya”.
Taklimat ini telah diadakan di Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC) pada pagi ini. Taklimat disampaikan oleh Yang Mulia Hajah Masnah binti Haji Mohd Daud, Ketua Unit Pendidikan Kerjaya Jabatan Sekolah Sekolah; Yang Mulia Hajah Norseriduriah binti Haji Damit, Pegawai Bimbingan Bakat Kerja, Unit Pendidikan Kerjaya; dan Yang Mulia Haji Halip bin Bujang, Pegawai Pelajaran, Unit Pendidikan Kerjaya, Kementerian Pendidikan.
Antara pengisian taklimat yang disampaikan pada majlis tersebut ialah mengenalpasti kesesuaian personaliti dengan bidang kerjaya yang bakal ditempuh seorang pelajar masa depan. Perkara ini sangat signifikan diketahui oleh mereka yang akan mencari pekerjaan sebagai persediaan untuk membekalkan diri dengan kemahiran yang bersesuaian. Turut dikongsikan juga ialah langkah-langkah praktikal dalam memilih pendidikan dan kerjaya.
Seramai 130 orang peserta yang terdiri daripada 69 orang mahasiswa UNISSA, 18 orang alumni UNISSA dan 43 orang pelajar tingkatan enam dari Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) termasuk guru pengiring telah menghadiri taklimat ini.
Antara tujuan taklimat ini diadakan adalah bagi memberikan pengetahuan dan menjadi sumber inspirasi kepada mahasiswa dan alumni UNISSA serta pelajar sekolah dalam mengatur strategi memilih kerjaya yang berkaitan dengan bidang masing-masing.
Sesi taklimat daripada agensi lain akan diteruskan sehingga petang khamis, 18 Ogos 2022 di tempat yang sama.
Taklimat ini dihasratkan akan dapat membantu mahasiswa dan alumni membuat keputusan dan tindakan dalam pemilihan kerjaya yang lebih tepat.