SIARAN AKHBAR PROGRAM BICARA ALUMNI UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Bandar Seri Begawan

Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Alumni (JKEPA) Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan program Bicara Alumni Fakulti Syariah dan Undang-Undang. Program ini bukan sahaja memfokuskan perkongsian pengalaman daripada alumni UNISSA yang telah memiliki kerjaya di sektor kerajaan dan swasta, malah juga turut menjemput alumni yang telah membina kerjaya  dalam dunia perniagaan.

Di antara objektif program ini ialah perkongsian pengalaman para alumni yang telah berjaya mendapatkan pekerjaan dalam sektor kerajaan, swasta, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan perniagaan. Selain itu, ia diharapkan dapat memberikan sokongan dan membuka fikiran bakal graduan UNISSA dan alumni yang masih mencari pekerjaan dalam menentukan hala tuju setelah tamat pengajian dan memilih kerjaya yang boleh mereka ceburi di masa akan datang. Program tersebut juga diharapkan dapat memberikan pendedahan kepada pelajar tahun 3 & 4, pelajar siswazah serta alumni tentang persekitaran dan cabaran dalam mencari pekerjaan sebagai seorang lulusan universiti.

Program Bicara Alumni Fakulti Syariah dan Undang-Undang dibahagikan kepada dua sesi. Sesi pertama diadakan pada 4 Mac 2023, bertempat di Dewan Jubilee, UNISSA. Pada sesi pertama berkenaan, seramai empat orang alumni Fakulti Syariah & Undang-Undang telahpun dijemput. Ahli panel pertama, Nurul Husna Aqilah binti Haji Abidin, alumni Program Dwi-Ijazah Undang-undang dan Undang-Undang Syariah tahun 2019 yang kini berkhidmat sebagai Pegawai Perundangan di Jabatan Peguam Negara telahpun mengongsikan bahawa pengalaman dan networking itu sangat penting untuk menimba pengalaman dan pengetahuan. Ahli panel kedua, Muahmmad Fareezal bin Rosli, alumni Program Sarjana Muda Syariah Fiqh dan Kehakiman tahun 2018 yang kini berkhidmat sebagai Timbalan Pendakwa Syarie di Bahagian Pendakwaan Syarie, menyatakan bahawa pengalaman dan melakukan sesuatu yang diluar kotak pemikiran seseorang itu akan membantu seseorang itu untuk mencapai matlamatnya. Ahli panel ketiga, Nurzawanah binti Zaini, alumni Program Sarjana Muda Syariah Fiqh dan Kehakiman tahun 2017 yang menjalankan perniagaan turut mengongsikan bahawa kadang-kala, apa yang diimpikan semasa belajar, tidaklah sama pada realiti selepas graduasi, menceburi bidang yang diminati boleh menjana kewangan, asalkan seseorang itu komited dan bersedia mengambil risiko dalam mencuba suatu yang baru. Ahli panel keempat, Muhammad Khairul Wafiy bin Khairil Anuar, alumni Program Sarjana Muda Syariah Fiqh dan Kehakiman tahun 2018, yang bertugas sebagai Pegawai I-ready di Jabatan Syiar Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, yang juga merupakan pengacara dan juruhebah Nasional FM Radio Televisyen Brunei (RTB) menasihatkan agar seseorang itu tidak lemah semangat dan sentiasa mencuba sesuatu yang baru.

Bicara Alumni Fakulti Syariah dan Undang-Undang sesi pertama ini turut dihadiri oleh Ustazah oleh Ustazah Dayang Norasiah binti Haji Amai selaku Pemangku Ketua Pejabat Hal Ehwal Alumni sebagai tetamu kehormat majlis yang seterusnya menyampaikan cenderahati kepada ahli-ahli panel bagi program ini.

Manakala, sesi kedua program berkenaan telah diadakan pada 18 Mac 2023, yang diadakan di Dewan Auditorium UNISSA. Dua orang ahli panel dari kalangan alumni FSL telah dijemput untuk mengongsikan pengalaman mereka. Hadir selaku panel pertama, Muhammad Jafni Fakhrillah bin Haji Jabidi, alumni Program Sarjana Muda Syariah Fiqh dan Kehakiman tahun 2013 yang berkhidmat di firma guaman Hasnah Hassan and Associates menasihatkan para pelajar dan alumni untuk menyematkan sifat rendah diri dan untuk mengatur rancang kehadapan bagi persiapan setelah tamat pengajian di UNISSA.

Ahli panel kedua pula, Haji Muhammad Danish Iqbal @Haji Muhammad Dhiyauddin Bin Haji Ariffin Alumni Program Dwi-Ijazah Undang-undang dan Undang-Undang Syariah tahun 2019 yang  merupakan penolong pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-Undang mengongsikan pengalaman beliau dalam mencari pendapatan dari pelbagai sumber dan beliau turut mengongsikan tatacara untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Sesi kedua ini turut dihadiri oleh Dr Hafini Bin Mahmud selaku Ketua Pejabat Hal Ehwal Alumni sebagai tetamu kehormat majlis yang seterusnya menyampaikan cenderahati kepada ahli-ahli panel bagi program ini.

Adalah menjadi hasrat Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Alumni (JKEPA) Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) agar program Bicara Alumni UNISSA ini menjadi salah satu usaha untuk memberikan gambaran hala tuju bakal graduan dan alumni UNISSA  serta mendedahkan cabaran yang mereka akan hadapi dalam mencari pekerjaan setelah tamat pengajian di peringkat universiti.

SESI PERTAMA 4 MAC 2023 DEWAN JUBILEE UNISSA

Gambar ramai bersama tetamu kehormat majlis

Gambar penyerahan cenderahati kepada para panel jemutan sesi pertama

Gambar penyerahan cenderahati kepada para panel jemputan sesi pertama

Ahli Panel Bicara Alumni Sesi Kedua. Dari Kiri: Muhammad Jafni Fakhrillah Bin Haji Jabidi,

Haji Muhammad Danish Iqbal @Haji Muhammad Dhiyauddin Bin Haji Ariffin.

Ahli Panel Bicara Alumni Sesi Pertama

 

SESI KEDUA 18 MAC 2023, AUDITORIUM UNISSA

 

Gambar penyerahan cenderahati kepada para panel jemputan sesi kedua