SESI PERKONGSIAN GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN KEPADA TENAGA AKADEMIK UNISSA

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Rabu, 13 September 2023 – Penyelidikan yang berkualiti mampu meningkatkan martabat sistem pendidikan sesebuah universiti serta melahirkan hasil penyelidikan yang baik dalam bentuk penerbitan. Menyedari kepentingan ini, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Penyelidikan dan Penerbitan telah bekerjasama dengan Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat dalam penganjuran sesi taklimat mengenai Polisi dan Garis Panduan Cuti dan Penyelidikan Universiti kepada seluruh tenaga akademik UNISSA; tempatan mahupun antarabangsa.

Antara objektif taklimat adalah sebagai inisiatif universiti bagi menyalurkan maklumat dan meningkatkan kefahaman terhadap peraturan yang digunapakai dan yang terkini. Pada masa yang sama, sesi perkongsian ini dihasratkan menjadi penggalak kepada semua tenaga akademik untuk melibatkan diri secara aktif dalam penyelidikan seiring dengan adanya panduan yang jelas bagi memudahkan setiap proses permohonan.

Sesi perkongsian disampaikan oleh Yang Mulia Dr Arman bin Haji Asmad, Penolong Rektor (Penyelidikan, Antarabangsa dan Perkhidmatan).. Harapan daripada taklimat ini agar semua tenaga akademik tempatan dan antarabangsa boleh mengikuti dengan baik dan mencernakan semua maklumat yang diterima. Sesi soal jawab antara fasilitator dan peserta yang hadir juga berlangsung dengan meriah dan mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Kegiatan penyelidikan merupakan salah satu aspek penting dalam Key Performance Index (KPI) untuk semua tenaga akademik di peringkat Universiti. Penglibatan aktif dalam penyelidikan setentunya akan menyumbang kepada dapatan dan penemuan baru dalam keilmuan dan bidang intelektual. Di samping itu, pihak kerajaan juga telah menyediakan jumlah peruntukan yang besar kepada UNISSA bagi mendokong aktiviti penyelidikan terus dijalankan. Perkara tersebut turut ditekankan oleh YM Penolong Rektor UNISSA sebagai tiupan semangat untuk memperbanyak aktiviti penyelidikan dalam semua bidang pengajian Islam, sains dan teknologi.