
MAJLIS PENANDATANGANAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DENGAN UNIVERSITAS ISLAM NEGERI MAHMUD YUNUS BATUSANGKAR
Rabu, 15 November 2023 – Menerima lawatan dan seterusnya Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama
Rabu, 15 November 2023 – Menerima lawatan dan seterusnya Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama
Rabu, 8 November 2023 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menghadiri Konvensyen Universiti
Bandar Seri Begawan- 27 Rabiulakhir 1445H bersamaan dengan 11 November 2023M, hari Sabtu, Fakulti Bahasa
Sabtu, 6 Ogos 2022 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menerusi Pejabat Perancangan dan Pembangunan Strategik (PPPS) telah mengadakan sesi Retreat Pelan Strategik 2019-2023 bagi suku tahun ketiga 2022 pada hari Sabtu, 6 Ogos lalu, di Bilik Banquet kampus tersebut di mana ianya dihadiri oleh pegawai-pegawai eksekutif, pegawai-pegawai utama UNISSA yang terdiri daripada dekan-dekan fakulti, pengarah-pengarah pusat dan pejabat, dan ketua-ketua unit.
Objektif utama retreat ini dijalankan adalah untuk mendukung misi dan visi UNISSA untuk menjadi sebuah universiti Islam tulen bertaraf antarabangsa yang progresif dan dinamik berteraskan al-Qur’an dan al-Sunnah. Sehubungan itu, pelaksanaan retreat ini juga memberi peluang kepada ahli-ahli untuk membincangkan Pelan Strategik UNISSA 2019-2023 dalam usaha memastikan hala tuju serta kualiti pentadbiran dan juga akademik UNISSA dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan.
Sebanyak 78 KPI dalam Pelan Strategik UNISSA (2019-2023) telah dibentangkan. Pelan strategik tersebut merupakan pelan jangka masa lima tahun UNISSA dalam usahanya mencapai kecemerlangan dalam meningkatkan tahap pencapaian Petunjuk Prestasi Utama atau Key Performance Indicator (KPI).
Sehubungan itu, Rektor UNISSA, Dr Norarfan bin Haji Zainal, dalam amanatnya menekankan kepentingan dalam mencapai misi UNISSA dalam melahirkan pemimpin bertakwa dan berwibawa yang menyumbang kepada pembangunan ummah melalui empat teras strategik UNISSA: kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran, kecemerlangan penyelidikan dan penerbitan, pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa, dan prasarana dan urus tadbir yang mapan.
Hasil dari pembentangan, penilaian dan perbincangan dalam retreat tersebut, UNISSA berjaya mencapai 42% dari sasaran KPI bagi tahun 2022 setakat Julai lalu. Dr Rektor juga turut menekankan kepentingan kualiti dalam pengurusan akademik dan pentadbiran. Pada masa yang sama, beliau menitikberatkan kekuatan UNISSA dalam memberi impak kepada masyarakat. Hal tersebut dikaitkan dengan pencapaian UNISSA dalam World’s Universities with Real Impact (WURI) Ranking 2022, di mana UNISSA telah menduduki Top 201-300 secara keseluruhan dan Top 51-100 dalam kategori semangat keusahawanan menerusi Kursus Projek Keusahawanan yang ditawarkan oleh Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm).
Dr Rektor juga turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam sama-sama berganding bahu dan fokus dalam memajukan UNISSA dan meningkatkan kecemerlangan dan kualiti, setaraf dengan piawaian antarabangsa.