UNISSA, UIN Ar-Raniry dan UnIPSAS Laksana Program Khidmat Masyarakat Antarabangsa Musibah Banjir Aceh
9 Feb 2026, Banda Aceh – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Universitas Islam
9 Feb 2026, Banda Aceh – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Universitas Islam

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Unit Keugamaan dan Takmir Surau, Pejabat Hal Ehwal

Rabu, 28 Januari 2026 – Fakulti Bahasa Arab, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah
Dua orang tenaga akademik dari Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban (PPHT), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah berlepas ke Malang, Surabaya bagi kunjungan muhibbah ke Universitas Negeri Malang (UM) dan Universitas Islam Malang (UNISMA), Malang, Surabaya, Indonesia.
Delegasi tersebut diketuai oleh Pengarah PPHT, Pg Dr Hajah Norkhairiah binti Pg Haji Hashim dan diiringi oleh Penolong Pensyarah, Nor Surilawana Sulaiman.
Kunjungan merupakan salah satu inisiatif UNISSA untuk mengekalkan lagi hubungan jaringan antara UNISSA dan UM serta UNISMA yang sedia terjalin sejak beberapa tahun yang lalu. Matlamat utama kunjungan adalah membincangkan dengan lebih lanjut perhubungan kerjasama dan memorandum persefahaman. Di samping meluaskan rangkaian kerjasama dengan pakar profesional halal dari institusi pengajian tinggi di Malang, seterusnya membincangkan keberangkalian program pertukaran staf, pertukaran pelajar dan khidmat masyrakat di Malang.
Semasa lawatan ke UM, delegasi sempat berkunjung ke Laboratori Halalnya dan Laboratari Pembuatan Pastri, Laboratori Uji Makanan dan Laboratori Praktikal Dapur Halal. Kunjungan ini telah memberi ruang kepada delegasi untuk merancang dan menyusun strategi lebih baik dalam menyediakan dan mempersiapkan pelajar-pelajar PPHT khususnya dalam bidang halal. Delegasi seterusnya berkunjung ke UNISMA, yang diteruskan dengan perbincangan-perbincangan kerjasama dan lawatan ke pusat halal UNISMA.
Ketua delegasi juga dijemput sebagai pembentang ucaptama di International Conference on Halal Development (ICHaD) 2023 dan juga dijemput sebagai Pembentang Jemputan bagi dua sesi kuliah. Manakala, Nor Surilawana Sulaiman juga menyampaikan kertas kerja pada ICHaD 2023.
Harapan akhir bagi delegasi, agar kunjungan ini mengukuhkan lagi jaringan hubungan yang sedia ada, dan berharap agar pengukuhan kerjasama melalui pertukaran tenaga akademik, pelajar dan khidmat masyarakat dapar direalisasikan. Perancangan-perancangan kolaborasi penyelidikan dan penerbitan juga akan dapat dilaksanakan demi manfaat bersama.
