Pendaftaran Bagi Program ‘The Agriculture Bridging (Agribridge) Sesi Januari 2025, Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Pertanian telah membukakan pendaftaran bagi Program The Agriculture
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Pertanian telah membukakan pendaftaran bagi Program The Agriculture
Khamis, 31 Oktober 2024, UNISSA telah menerima kunjungan daripada Universitas Islam Negeri Siber Syekh Nurjati
Isnin, 28 Oktober 2024 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menerima kunjungan daripada
Jumaat, 29 Mac 2024 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui badan pelajar Halalan Thayyiban Student Society (HTSS) dari Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban (PPHT) dengan kerjasama Faculty Agriculture Student Society (FASS) dari Fakulti Pertanian telah menjalankan Projek Amal Kasih di kampus Sinaut, UNISSA, Tutong. Projek ini merupakan medium untuk bersedekah bagi warga UNISSA dimana 500 pek makanan disediakan dan diagihkan ke beberapa masjid di Daerah Tutong untuk jamuan iftar.
Turut sama hadir bagi memeriahkan projek ini adalah Pengarah Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban, Pengiran Dr Hajah Norkhairiah binti Pengiran Haji Hashim, tenaga akademik, kakitangan dan pelajar UNISSA. Tempoh menerima sumbangan telahpun berlangsung dari 18 Mac hingga 28 Mac yang mana penyumbang adalah terdiri dari warga UNISSA. Sebanyak 500 pek makanan telahpun disumbangkan kepada 9 buah masjid di Daerah Tutong iaitu 1) Masjid Hassanal Bolkiah, Tutong, 2) Masjid Kampong Penanjong, 3) Masjid Kampong Keriam, 4) Masjid Ar-Rahim, Kampong Bukit Panggal, 5) Masjid Haji Abdul Azim, Kampong Luagan Dudok, 6) Masjid Kampong Sinaut, 7) Masjid Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Kampong Sungai Kelugos, 8) Masjid Kampong Birau, dan 9) Masjid Pengiran Muda Abdul Wakeel, Kampong Kiudang. Pek makanan tersebut telahpun dimasak dan disediakan oleh 55 para sukarelawan yang terdiri dari mahasiswa dan mahasiswi UNISSA.
Projek ini juga merupakan usaha yang baik oleh badan pelajar dalam sama-sama menyokong usaha Universiti dan Negara Brunei Darussalam terhadap Matlamat Pembangunan Mampan atau dikenali dengan Sustainable Development Goals (SDG) yang memfokuskan kepada SDG1: No Poverty dan SDG2: Zero Hunger. Tambahan lagi, dengan adanya projek ini, ia menampakkan keprihatinan warga UNISSA supaya sentiasa menunjukkan sifat pemedulian yang tinggi terhadap mereka yang memerlukan serta meningkatkan lagi amal jariah.
Di antara objektif program ini dilaksanakan adalah untuk mengutamakan amalan bersedekah sebagai amalan jariah terutama di bulan suci Ramadhan. Di samping dapat melahirkan sifat kepedulian yang tinggi terhadap keperluan orang lain dan juga meningkatkan lagi hubungan dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Para sukarelawan juga mampu mengukuhkan lagi semangat sifat nilai murni sesama manusia.