PROGRAM RIADAH 10,000 LANGKAH

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

PROGRAM RIADAH HARI 10,000 LANGKAH BERSEMPENA DENGAN HALAL SCIENCE WEEK (HaSWeek)

Ahad, 18 Februari 2024Halalan Thayyiban Student Society (HTSS) telah menganjurkan satu Program Riadah Hari 10,000 Langkah yang melibatkan tenaga akademik dan pelajar Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban (PPHT), bertempat di Taman Rekreasi Sungai Basong di Daerah Tutong. Aktiviti tersebut telah dihadiri oleh seramai 53 pelajar dan beberapa tenaga akademik PPHT.

Objektif program ini ialah untuk membangun budaya dan mengalakkan gaya hidup sihat dengan aktiviti berjalan yang menyasarkan sebanyak sepuluh ribu langkah. Disamping dapat melahirkan masyarakat Brunei yang mempunyai tahap kecergasan yang tinggi,ia juga dapat mengeratkan slaturrahin dikalangan tenaga akademik dan juga pelajar. Program riadah ini juga telah didaftarkan dalam aplikasi BruHealth sebagai tanda sokongan UNISSA terhadap inisiatif BN On The Move oleh Kementerian Kesihatan Brunei dalam kempen “80 Billion Langkah Bersama”.