
KULIAH KHAS PROF DR. USTAZ ABDUL SOMAD BAGI PROGRAM DIPLOMA KEBANGSAAN DA’IE DAN KEPIMPINAN DAN PROGRAM DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM
Khamis, 28 September 2023– Di dalam era digital masa kini, pendekatan dakwah perlu dipelbagaikan agar
Khamis, 28 September 2023– Di dalam era digital masa kini, pendekatan dakwah perlu dipelbagaikan agar
Berakas, 1 Oktober – Hari ini, dua orang pelajar dari Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), Universiti
Sabtu, 30 September 2023 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Unit Keugamaan dan
01 Mac 2023 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan sesi Perkongsian Ilmu bagi Program Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai-Pegawai Utama UNISSA (EDPPO) buat pertama kalinya pada hari ini.
Program tersebut dikendalikan oleh Unit Perkembangan Profesional (UPP), Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, UNISSA. Ianya diadakan di Kampus Sinaut, UNISSA. Hadir selaku Penceramah Undangan dalam menyampaikan perkongsian ilmu ialah Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Apong. Antara topik yang dibincangkan ialah tentang Ekonomi Semasa Negara Brunei Darussalam.
Program ini bertujuan untuk memberikan maklumat terkini mengenai isu-isu ekonomi di Negara Brunei Darussalam dan cabaran yang terdapat di negara ini. Di samping itu juga, dapat membuka minda para peserta untuk sama-sama membantu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara secara berterusan dalam merealisasikan wawasan Brunei 2035.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA, Penolong-Penolong Rektor, Pegawai-Pegawai Utama, Tenaga Akademik, serta Pegawai dan Kakitangan UNISSA.
Program juga turut diteruskan dengan sesi soal jawab di antara para peserta dengan Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Apong dan diteruskan dengan penyampaian cenderahati dan sesi bergambar ramai. Pada penghujung program juga diisikan dengan sesi lawatan Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Apong di Kampus Sinaut dan Pusat Makmal Saintifik Ibnu Sina yang baru ditubuhkan bagi kegunaan pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional khusus bagi Fakulti Pertanian dan Pusat Penyelidikan Halalan Thaiyyiban, UNISSA.