KUNJUNGAN HORMAT & LAWATAN DARIPADA TUAN YANG TERUTAMA (TYT) PROF DR HAMIT ERSOY DUTA BESAR ISTIMEWA DAN MUTLAK REPUBLIK TURKIYE
Sabtu, 9 November 2024M – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Kampus Sinaut menerima kunjungan rasmi
Sabtu, 9 November 2024M – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Kampus Sinaut menerima kunjungan rasmi
Khamis, 5 Jamadil Awal 1446H | 07 November 2024M — Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Pertanian telah membukakan pendaftaran bagi Program The Agriculture
Jumaat, 16 Februari 2024 – “Munajat dan Tazkirah Subuh Solidariti Pelajar UNISSA Untuk Rakyat Palestin” merupakan salah satu program sesi tazkirah yang berunsurkan ceramah yang telah dianjurkan oleh Halalan Thayyiban Student Society (HTSS) dengan kerjasama bersama Unit Keugamaan dan Takmir Surau Al-Syafi’i di bawah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNISSA. Program ini juga mendapat sokongan dari JKT Masjid Sultan Sharif Ali Sengkurong.
Dengan adanya program ini, ianya dapat meningkatkan rasa keprihatinan serta pemedulian yang tinggi terhadap orang ramai kepada rakyat Palestin. Melalui program ini, Dr Cecep Soleh Kurniawan, Timbalan Pengarah Mazhab Shafie, UNISSA telah dijemput selaku penceramah bagi menyampaikan tazkirah mengenai rakyat Palestin terhadap orang ramai agar sama-sama menunjukkan salah satu nilai murni iaitu bersimpati terhadap kesusahan orang lain.
Tambahan lagi, tabung bagi kutipan derma untuk rakyat Palestin juga disediakan. Kesemua sumbangan yang dikutip telah disumbangkan sepenuhnya kepada Tabung Palestin melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).