PROGRAM KHIDMAT AKADEMIK: YANG PENTING HALAL LAGI THAYYIBAN

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat menawarkan Program Khidmat Akademik secara percuma kepada orang ramai. 

Kuliah yang bertajuk Yang Penting Halal Lagi Thayyiban ini akan disampaikan oleh Yang Mulia Pengiran Dr Hajah Norkhairiah binti Pengiran Haji Hashim , Pengarah, Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban, UNISSA yang mana kuliah akan diadakan pada hari Sabtu, 01 April 2023M bersamaan 10 Ramadhan 1444H bermula jam 9.30 hingga 11.00 pagi (1 jam 30 minit) melalui platform secara dalam talian (Zoom Webinar). 

Adapun tujuan program ini diadakan untuk memberi peluang kepada masyarakat awam memperoleh ilmu pengetahuan asas terhadap bidang ilmu yang disampaikan. Selain itu, tenaga akademik UNISSA juga dapat menjalankan tanggungjawab sosial di samping beroleh pengalaman menerusi khidmat akademik yang disampaikan. Justeru, program ini diharap dapat menjadikan UNISSA dikenali sebagai sebuah universiti Islam yang menawarkan pelbagai program yang boleh disertai oleh masyarakat awam.

Orang ramai yang ingin mengikuti Program Khidmat Akademik ini bolehlah melayari link berikut: https://us06web.zoom.us/j/86522477466/ atau dengan mengimbas kod berikut:

Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, UNISSA di talian 2462000 sambungan 204/202 ataupun melayari laman sesawang www.unissa.edu.bn atau menghantar email ke C4L@unissa.edu.bn.