Share News
Recent News

PENDAFTARAN BAGI PROGRAM TADABBUR AL-QUR’AN, SESI MAC 2023M, ANJURAN UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIFF ALI
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PKPSH) dengan

MAJLIS MEMPERBAHARUI LANTIKAN YM PROF DR ABDUL SOMAD SEBAGAI PROFESOR KUNJUNGAN (VISITING PROFESSOR) DI FAKULTI USULUDDIN, UNISSA DAN DITERUSKAN DENGAN PENYAMPAIAN CERAMAH KHAS YANG BERTAJUK “INTEGRASI ILMU DAN AKHLAK” DARIPADA YM PROF DR ABDUL SOMAD
Sabtu, 28 Januari 2023 – Majlis memperbaharui lantikan YM Prof Dr Abdul Somad sebagai Profesor

Seramai 175 pelajar Bachelor of Halal Science dan Alumni Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban telah menghadiri Program Kerjaya yang dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Alumni dan Pejabat Pembangunan Kerjaya dan Jaringan Industri dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).
Program tersebut telah diadakan pada hari Sabtu, 6 Ogos 2022 yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Kampus Sinaut UNISSA. Hadir ke program tersebut dan seterusnya menyampaikan sijil penghargaan kepada fasilitator ialah Ketua Program Siswazah Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban, Professor Madya Dr Nurdeng Deuraseh.
Objektif program ini adalah untuk memberikan pendedahan awal sebagai persediaan kepada pelajar untuk mencari atau mendapatkan pekerjaan apabila setelah tamat pengajian nanti. Antara isu yang dikupas adalah persediaan diri, tatacara temuduga, penghasilan curriculum vitae yang menarik, kenalpasti syarikat atau bidang yang dicari dan bagaimana menjadi pekerja yang dikehendaki oleh majikan.
Disamping itu, program ini juga bertujuan untuk memberikan pendedahan dan penerangan mengenai mengenai peranan dan tanggungjawab Jobcentre Brunei, penerangan mengenai program perantisan i-Ready dan juga sesi perkongsian berkenaan peluang-peluang pekerjaan bagi pelajar berlatarbelakangkan halal science.
Program juga diisikan dengan taklimat dari Ketua Pejabat Hal Ehwal Alumni, Dr Hafini binti Mahmud dan juga wakil dari Pejabat Pembangunan Kerjaya dan Jaringan Industri mengenai visi, misi dan objektif Pejabat-pejabat tersebut. Adalah diharapkan sesi bermanfaat ini diterima sepenuhnya oleh pelajar-pelajar ini dan mereka dapat mengaplikasikan segala ilmu yang dipelajari apabila tamat pengajian nanti.


