PROGRAM JATI DIRI: SEJARAH ISLAM BRUNEI, KOHORT 4 & 5

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Program Jati Diri merupakan program tahunan yang secara lazimnya diadakan dengan kerjasama Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) dengan kolaborasi ‘Manpower Planning & Employment Council (MPEC)’ dan “Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), ini diadakan bagi mendukung hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam memberigakan sejarah-sejarah Islam sebagai satu panduan hidup, aktiviti-aktiviti yang berkaitan dalam bidang Sejarah yang perlu digiatkan dalam memantapkan pengetahuan masyarakat terutamanya belia, dalam sejarah Islam.

Pada kali ini FPPI, UNISSA telah dijemput untuk bekerjasama bagi melaksanakan Program Jati Diri: Sejarah Islam Brunei, Kohort 4 dan 5 yang akan diadakan selama dua hari iaitu pada 23 dan 24 Oktober 2023 bagi seramai 252 orang penuntut IBTE. Program ini telah pun berjalan dengan lancar dan memberikan peluang kepada para mahasiswa/i FPPI dalam mengungkayahkan program-program yang bermanfaat kepada para peserta yang bukan daripada warga UNISSA itu sendiri dan di samping itu juga dapatlah warga FPPI mengeratkan silaturrahim dengan para peserta Program Jati Diri.

Justeru itu, pelaksanaan program ini dapatlah mempromosikan UNISSA kepada para penuntut IBTE agar mereka tertarik dan berminat untuk melanjutkan pelajaran di UNISSA dan hasil pelaksanaan program ini dapatlah memberikan kesedaran bahawa pentingnya komunikasi dan berurusan dengan pihak luar yang mana ianya dapat mengharumkan nama UNISSA malah memberikan sumbangan kepada negara kita sendiri.