PROGRAM KHIDMAT AKADEMIK
HALALAN THAYYIBAN TALK ON: HALAL SLAUGHTER AND ANIMAL WELFARE Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)

BATONG, 12 MEI – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Pertanian telah mengadakan
Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh kepada para alumni yang kami hormati, sukacita dikongsikan iklan pelawaan untuk abiskita
Bagi sama-sama menyemarakkan sambutan Nuzul Al-Quran, Persatuan Alumni Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Unit Tarbiah Persatuan Alumni UNISSA dengan kerjasama Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam di Republik Arab Mesir (BKPBDM) telah mengungkayahkan program Forum Ukhuwah Sempena Memperingati Sambutan Nuzul Al-Quran 1443H secara dalam talian melalui aplikasi Zoom dan Live Facebook pada hari Juma’at, 27 Ramadan 1443 Hijrah bersamaan dengan 29 April 2022.
Program yang diadakan buat julung kalinya ini bertujuan untuk menyeru para peserta bagi sama-sama menghayati keagungan kitab suci Al-Quran sebagai pedoman hidup dan meningkatkan kefahaman serta pengetahuan tentang isi forum yang disampaikan. Peserta-peserta program terdiri daripada ahli-ahli Persatuan Alumni UNISSA dan Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam di Republik Arab Mesir (BKPBDM). Program dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Haji Md Nur Ihsan bin Haji Mat Jali dan diselajurkan dengan ucapan alu-aluan daripada tetamu jemputan khas.

Majlis turut diserikan dengan sesi penyampaian sijil dan penghargaan kepada ahli-ahli jawatankuasa yang menjayakan program tersebut dan diakhiri dengan majlis sesi bergambar ramai. Program seperti ini diharapkan bukan sahaja merapatkan ukhuwah sesama alumni dan pelajar bahkan akan dapat meluaskan jalinan kolaborasi dalam pelbagai program dan aktiviti yang berterusan di masa hadapan.