
PELANCARAN SISTEM PERPUSTAKAAN UNISSA E-FIHRIST
Rabu, 13 September 2023 – Sistem Perpustakaan UNISSA e-FIHRIST telah dilancarkan oleh Yang Mulia Prof
Rabu, 13 September 2023 – Sistem Perpustakaan UNISSA e-FIHRIST telah dilancarkan oleh Yang Mulia Prof
Selasa, 19 September 2023 – Program Kepimpinan Pelaku Pembangunan Islam Siri ke-5 (K2P2I 5.0) bagi mahasiswa-mahasiswi
Selasa, 19 September 2023 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali terus membuka ruang kepada kolaborasi
UNISSA Press telah berpeluang menyertai Pesta Buku Brunei (PBB) 2022 yang berlangsung selama 10 hari mulai 22 hingga 31 Julai 2022M bertempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah Berakas.
Perasmian PBB 2022 telah disempurnakan oleh Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam, pada hari Sabtu, 24 Zulhijjah 1443H bersamaan 23 Julai 2022M.
PBB 2022 pada tahun ini mengusung tema ‘Mari Membaca’ di mana ia menggarisbawahi komitmen untuk meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan mencintai dan mendaulatkan bahasa Melayu serta disinergikan dengan budaya membaca dan peningkatan ilmu pengetahuhan.
Selain menyertai acara pameran dan jualan buku UNISSA turut tidak ketinggalan memeriahkan PBB 2022 dengan menganjurkan program Bincang-Bincang Buku pada hari Selasa, 27 Zulhijjah 1443H bersamaan 26 Julai 2022M. Sebanyak tiga buah buku terbitan UNISSA Press telah dipilih untuk dibincangkan oleh penulis atau penyunting dalam program tersebut, ‘Analisis Surah al-Fatihah dari Perspektif Ilmu Bahasa’ (Prof Madya Dr Muhammad Bakir bin Haji Yaaakub), ‘Ayat Mustasyabihat Lafzi: Ketelitian Bacaan dan Pemantapan Hafazan’ (Dr Haji Ahmad Baha’ bin Haji Mokhtar), dan ‘Ensiklopedia Negara Zikir Jilid 4 : Sumbangan Sultan-Sultan Brunei dalam Penyebaran dan Perkembangan Negara Zikir’ (Hajah Norhayati binti Haji Abdul Karim).