PERTANDINGAN TAZKIRAH DI DALAM BAHASA ARAB SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLAHU ‘ALAIHI WASSALAM BAGI TAHUN 1445H/2023M ANJURAN BADAN PELAJAR FAKULTI BAHASA ARAB, FAKULTI BAHASA ARAB UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

20 Rabiulakhir 1445H bersamaan dengan 4 November 2023M, hari Sabtu- Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), menerusi Fakulti Bahasa Arab (FBA) telah mengadakan ‘Pertandingan Tazkirah di dalam Bahasa Arab’ sempena sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wassalam bagi tahun 1445H/2023M dengan membawa tema ‘Rasulullah Suri Tauladan yang Baik’. Seramai enam orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi tempatan dan antarabangsa UNISSA telah mengikuti pertandingan tersebut. Majlis dihadiri oleh Yang Mulia Dr Hajah Rafidah binti Haji Abdullah, Dekan Fakulti Bahasa Arab, UNISSA selaku tetamu kehormat majlis.

Abdusalam Jaidee dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang telah dinobatkan sebagai johan pertandingan tersebut. Tempat kedua disandang oleh Dyg Nur Nawwarah binti Ewardy Irwan dari Fakulti Bahasa Arab. Manakala tempat ketiga disandang oleh Siti Nur Mashitah binti Shahrul Khushairi dari Fakulti Usuluddin.

Pertandingan berkenaan telah dihadiri oleh para pensyarah dan pelajar-pelajar UNISSA. Semoga dengan adanya pertandingan ini menjadi salah satu wadah atau platform bagi mengajak generasi muda belia untuk memupuk rasa cinta kepada Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wassalam dengan mendedahkan kepimpinan, akhlak budi pekerti serta perjuangan Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassallam dan secara tidak langsung mempertingkatkan kualiti dan pengukuhan penggunaan bahasa Arab di Negara Brunei Darussalam.

Johan Pertandingan Tazkirah dalam Bahasa Arab sempena sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wassalam bagi tahun 1445H/2023M, Abdusalam Jaidee dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Islam Sultan Sharif Ali.

 

Naib Johan Pertandingan Tazkirah dalam Bahasa Arab sempena sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wassalam bagi tahun 1445H/2023M, Nur Nawwarah binti Ewardy Irwan dari Fakulti Bahasa Arab, Universiti Islam Sultan Sharif Ali.

 

Tempat ketiga Pertandingan Tazkirah dalam Bahasa Arab sempena sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wassalam bagi tahun 1445H/2023M, Siti Nur Mashitah Binti Shahrul Khushairi dari Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali.

 

Sesi Bergambar Ramai

 Pertandingan Tazkirah dalam Bahasa Arab anjuran BPFBA, Fakulti Bahasa Arab Universiti Islam Sultan Sharif Ali