PERTANDINGAN POSTER PUISI ISLAMIK SEMPENA SAMBUTAN ISRA’ MI’RAJ

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI) melalui Badan Pelajar FPPI telah menganjurkan pertandingan Poster Puisi Islamik di sepanjang bulan Februari yang lalu bersempena dengan sambutan Isra’ dan Mi’raj. Antara objektif dianjurkan pertandingan ini adalah supaya para belia dapat menggilap bakat dan kreativiti dalam seni penulisan Islamik mahupun bukan Islamik.

Pertandingan ini terbuka kepada dua kategori. Kategori A dibukakan khusus untuk mahasiswa institusi-institusi pengajian Tinggi (IPT) manakala kategori B dibukakan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah dan pusat tingkatan enam. Penyertaan pertandingan boleh dibuat secara individual ataupun secara berkumpulan. Bagi kategori A, 9 peserta menyertai secara individu manakala bagi yang berkumpulan terdapat dua kumpulan dan bagi kategori B, 13 peserta individual dan 13 kumpulan.

Acara pengumuman pemenang bagi pertandingan Poster Puisi Islamik dijalankan secara maya pada 2 Ramadhan 1444H bersamaan dengan 24 Mac 2023M yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustazah Hajah Radziah binti Haji Abdullah. Acara pengumuman tersebut dihadiri oleh Dekan FPPI, Timbalan Dekan, pensyarah, mahasiswa FPPI serta para peserta yang menyertai pertandingan berikut. Acara kemudiannya ditutup dengan bacaan doa dan Tasbih Kifarah beramai-ramai.