PERTANDINGAN MARI BERCERITA DAN BICARA BERIRAMA DI DALAM BAHASA ARAB SEMPENA MAHRAJAN BAHASA ARAB TAHUN 2023 ANJURAN FAKULTI BAHASA ARAB UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

7 Sya’ban 1445H bersamaan dengan 17 Februari 2024, hari Sabtu- Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menerusi Fakulti Bahasa Arab (FBA) telah mengadakan Pertandingan Mari Bercerita dan Pertandingan Bicara Berirama dalam Bahasa Arab sempena Festival Bahasa Arab atau yang dikenali dengan Mahrajan Bahasa Arab. Sebanyak empat buah sekolah telah menyertai pertandingan kedua-dua pertandingan ini iaitu Sekolah Al-Falah cawangan Sungai Akar, Sekolah Arab Sultan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sekolah Arab Belait dan Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Seramai 160 orang telah menghadiri bagi menyaksikan pertandingan tersebut. Turut hadir Dr Hajah Rafidah binti Haji Abdullah, Dekan Fakulti Bahasa Arab selaku tetamu kehormat majlis, Dr Hajah Norhayati binti Haji Abd Karim, Timbalan Dekan Fakulti Bahasa Arab, para Pensyarah, Mahasiswa dan Mahasiswi serta orang ramai.

Seramai enam orang peserta menyertai dalam pertandingan Mari Becerita Bahasa Arab dan empat pasukan menyertai pertandingan Bicara Berirama di dalam Bahasa Arab. Keputusan bagi kedua pertandingan berkenaan akan diumumkan di Majlis Penutup Mahrajan Bahasa Arab yang akan berlangsung pada 9hb Mac 2024 akan datang.