PERSIDANGAN ANTARABANGSA SAINS SOSIAL & KEMANUSIAAN KALI KALI KE-8

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

BANDAR SERI PUTRA – Buat julung kalinya Universiti Islam Sultan Sharif Ali melalui Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) dijemput menjadi penganjur bersama Persidangan Antarabangsa Sains Sosial & Kemanusiaan kali ke-8 (PASAK 8) 2023. Persidangan kali ini bertemakan ‘Implementasi Nilai Dalam Mendepani Arus Digitalisasi’.

Persidangan dianjurkan oleh Pusat Pengajian Teras Universiti Islam Selangor (PPT-UIS) serta anjuran bersama Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (PPIB-UNISSA) Brunei Darussalam, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), , Fakultas Ushuluddin Adab dan Dakwah (IAIN) Indonesia, Jabatan Pendidikan Bahasa Arab, Pascasarjana (UIN) Antasari Banjarmasin Indonesia,   Davao Oriental State University (DORSU), Philippines, Yala Rajabhat University of Thailand (YRU),  Princess of Naradhiwas University (PNU), Pertubuhan Ilmuan dan Cendekiawan Muslim Malaysia (ILMAN).

Para pembentang terdiri daripada kakitangan akademik, para penyelidik dan profesional IPT di Malaysia, Brunei Darussalam, Indonesia, Thailand, Filipina dan negara-negara. Lima pembentang daripada UNISSA terlibat untuk membentangkan kertas kerja masing-masing secara fizikal dan atas talian.

Penganjuran PASAK 8 antaranya bertujuan menyediakan platform dan peluang kepada ahli akademik dari pelbagai bidang untuk membincangkan penyelidikan akademik berkaitan bidang sains social dan kemanusiaan. Pembentangan turut difokuskan kepada isu-isu kemanusiaan yang berlaku di dunia Islam baru-baru ini, termasuk hak untuk hidup secara aman dan mendapat akses kepada keperluan asas dalam kehidupan.

Dalam pada itu turut diadakan Sesi Sidang Pleno bersempena PASAK 8 yang disampaikan oleh tujuh ahli panel daripada institusi-institusi dalam dan luar negara. Salah seorang ahli panel dalam sidang pleno ialah Dr Supri Hj Sudin Pengarah Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, UNISSA yang juga selaku Pengarah Bersama PASAK8.

Persidangan yang diadakan pada 10 dan 11 Mei lalu telah dirasmikan oleh Rektor Universiti Islam Selangor, Prof. Madya Dato’ Dr Hj Mohd Farid Ravi Abdullah dan ucaptama telah disampaikan oleh Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Profesor Dr Zulkiple Abd Ghani.

Hasil daripada penganjuran PASAK selama tujuh tahun bermula 2016 sehingga 2022, pihak PASAK telah berjaya menghasilkan prosiding, e-prosiding dan buku dalam setiap persidangan.