PERSATUAN PELAJAR UNDANG-UNDANG ASIA (ALSA) ANTARABANGSA TELAH MENGADAKAN ACARA TAHUNAN ALSA FORUM 2023

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Rabu, 20 September 2023 – Persatuan Pelajar Undang-Undang Asia (ALSA) Antarabangsa telah mengadakan acara tahunan ALSA Forum 2023 yang telah dianjurkan oleh ALSA India pada 8 September sehingga 10 September 2023. Acara ini bertujuan untuk menyatukan ahli-ahli ALSA dari 17 negeri Asia untuk membincangkan aktiviti-aktiviti akademik dan bukan akademik. Acara ini juga menandakan permulaan penggal rasmi ALSA melalui Perhimpunan Agung tahunan, Majlis Mesyuarat Pentadbiran, dan pemilihan Lembaga Antarabangsa bagi sesi 2023/2024. Tahun ini, ALSA Forum diadakan oleh ALSA India secara dalam talian.

Mewakili ALSA Brunei, enam ahli delegasi dihadiri, terdiri daripada ahli Lembaga Negara yang juga merupakan pelajar Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA): Dayang Syafiah Binti Abdul Hafidz, Ahmad Zahid Borhan, Aziezul Safwan Bin Ag. Zakaria, Nurul Iffah Hj. Puasa, dan Ahmad Muqri Bin Marhain.

Salah satu tentatif ALSA Forum ialah pembentangan laporan akauntabiliti tahunan. Laporan ini merangkumi pelbagai aspek, termasuk Penilaian ALSA yang biasa dikenali dalam kalangan ahli ALSA sebagai Anugerah Oscar. Setelah menilai prestasi keseluruhan, ALSA Brunei mempunyai penyertaan yang aktif dan responsif sepanjang Majlis Mesyuarat Pentadbiran penggal ini. ALSA Brunei juga secara konsisten menunjukkan kesediaan  untuk memberikan sokongan dan bantuan kepada Lembaga Antarabangsa. Selain daripada itu, ALSA Brunei juga diberikan pujian atas kehadiran, ketepatan masa dan komitmen mereka dalam semua mesyuarat.

Sebagai mengiktiraf peranan ALSA Brunei dalam menganjurkan ALSA Conference 2024, Dayang Syafiah Binti Abdul Hafidz dan Ahmad Zahid Borhan masing-masing telah dianugerahkan sebagai Best National Chapter President dan Best National Chapter Secretary-General.

ALSA Forum hanyalah salah satu daripada banyak acara antarabangsa yang dijalankan oleh ALSA International, yang semuanya bertujuan untuk merealisasikan misi terasnya iaitu mempromosikan pendidikan undang-undang, memajukan pembangunan profesional dan berdedikasi kepada khidmat masyarakat di samping menerapkan nilai asas seperti kepimpinan, integriti, dan kecemerlangan.

Dengan ALSA Brunei mengambil alih tanggungjawab sebagai penganjur ALSA Conference yang yang dijadualkan pada tahun 2024, peluang baru akan terbuka untuk memudahkan penglibatan mahasiswa-mahasiswi dengan individu-individu yang berkongsi pandangan yang sama. Selain itu, platform ini juga akan membolehkan mereka memperoleh kemahiran praktikal dengan harapan dapat memberikan kesan positif dalam masyarakat.