
KULIAH KHAS PROF DR. USTAZ ABDUL SOMAD BAGI PROGRAM DIPLOMA KEBANGSAAN DA’IE DAN KEPIMPINAN DAN PROGRAM DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM
Khamis, 28 September 2023– Di dalam era digital masa kini, pendekatan dakwah perlu dipelbagaikan agar
Khamis, 28 September 2023– Di dalam era digital masa kini, pendekatan dakwah perlu dipelbagaikan agar
Berakas, 1 Oktober – Hari ini, dua orang pelajar dari Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), Universiti
Sabtu, 30 September 2023 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Unit Keugamaan dan
Isnin, Jun 5 – Acara Mid-Year Conference and Exhibition (MYCE) merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan juga swasta. Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) juga tidak ketinggalan turut serta dalam penganjuran MYCE tersebut dengan mengadakan seminar dan pameran khususnya yang berkaitan dengan bidang akademik.
Pada tahun ini pihak Research Centre for Islamic History, Arts and Culture (IRCICA) dari negara Turkiye ikut serta dalam penganjuran MYCE bersama UNISSA dengan kerjasama Kedutaan Besar Turkiye di Negara Brunei Darussalam mengadakan Pameran Kaligrafi dan Kesenian Islam selama 3 hari bermula 05hb hingga 07hb Jun 2023 yang bertempat di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Hadir selaku tetamu kehormat bagi merasmikan Pameran Kaligrafi dan Kesenian Islam ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama. Manakala, pihak IRCICA diwakili oleh dua orang pegawai iaitu Prof Dr Mahmut Erol Kilic, IRCICA Director General dan Mr. Samet YALÇIN, IRCICA Programs Coordinator.
Turut hadir bagi majlis perasmian tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Setiausaha-Setiausha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama serta Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Pegawai-pegawai Utama UNISSA, serta para jemputan yang terdiri daripada kakitangan sektor kerajaan dan juga swasta.