
The 13th ASEAN International Conference on Islamic Finance (AICIF)
BANDAR SERI BEGAWAN — Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Ekonomi dan Kewangan

BANDAR SERI BEGAWAN — Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Ekonomi dan Kewangan

Sabtu, 27 November 2025 – UNISSA telah menyertai AppliedHE Xchange 2025 yang menghimpunkan pemimpin universiti

Sabtu, 29 November 2025 – Yang Mulia Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PKPSH) dengan kerjasama Fakulti Usuluddin menawarkan Program Tadabbur Al-Quran kepada orang ramai.
Adapun tujuan Program Tadabbur Al-Qu’ran ini diadakan adalah untuk membimbing masyarakat awam dalam memberikan kefahaman dan penghayatan kepada al-Qur’an melalui rujukan dan kitab-kitab tafsir yang muktabar. Ini selaras dengan konsep Negara Zikir dan rakyat celik Al-Qur’an sepertimana yang dihasratkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Maklumat kursus adalah sepertimana berikut:-
Tenaga Pengajar : Dr Muhammad Zakir bin Hussein
Modul : Surah Yaasin
Tarikh : Bermula 12 Mac 2023M
Jam : 8.30 pagi hingga 10.00 pagi (1 jam 30 min)
Tempoh : 6 minggu
Platform : Secara dalam talian (Zoom)
Yuran Penyertaan : $40.00 bagi orang ramai), $20.00 bagi warga UNISSA, pelajar UNISSA & alumni UNISSA)
Para peserta yang ingin mendaftar bagi program ini bolehlah melayari link berikut: https://bit.ly/PTQC4L atau dengan mengimbas kod QR di bawah:

Tarikh akhir pendaftaran adalah pada hari Sabtu, 25 Februari 2023M, jam 4.30 petang.
Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, UNISSA di talian 2462000 sambungan 204/202 ataupun melayari laman sesawang www.unissa.edu.bn atau menghantar email ke C4L@unissa.edu.bn.