PENDAFTARAN BAGI PROGRAM TADABBUR AL-QURAN SESI JANUARI 2023M ANJURAN UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI
Share News
Recent News

UNISSA SERTAI GLOBAL CHANGE SUMMIT 2025
Istanbul, Turkiye – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar baru-baru

Lawatan Muhibbah Daripada KH Ustaz Arief Heri Setyawan, Khadimul Ma’hadAssalam, Kalimatan Timur
Selasa, 23 Disember 2025 – Yang Mulia Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PKPSH) dengan kerjasama Fakulti Usuluddin menawarkan Program Tadabbur Al-Quran kepada orang ramai.
Adapun tujuan Program Tadabbur Al-Qu’ran ini diadakan adalah untuk membimbing masyarakat awam dalam memberikan kefahaman dan penghayatan kepada al-Qur’an melalui rujukan dan kitab-kitab tafsir yang muktabar. Ini selaras dengan konsep Negara Zikir dan rakyat celik Al-Qur’an sepertimana yang dihasratkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Maklumat kursus adalah sepertimana berikut:-
Tenaga Pengajar : Dr Hajah Sarinah binti Haji Yahya
Modul : Juz Amma’ (bermula surah Ad-Dhuha hingga Al-Masad)
Tarikh : Bermula 15 Januari 2023M
Jam : 8.30 pagi hingga 10.00 pagi (1 jam 30 min)
Tempoh : 6 minggu
Platform : Secara dalam talian (Zoom)
Yuran Penyertaan : $40.00 bagi orang ramai), $20.00 bagi warga UNISSA, pelajar UNISSA & alumni UNISSA)
Para peserta yang ingin mendaftar bagi program ini bolehlah melayari link berikut: https://bit.ly/PTQC4L atau dengan mengimbas kod QR di bawah:

Tarikh akhir pendaftaran adalah pada hari Jumaat, 23 Disember 2022, jam 4.30 petang.
Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, UNISSA di talian 2462000 sambungan 204/202 ataupun melayari laman sesawang www.unissa.edu.bn atau menghantar email ke C4L@unissa.edu.bn.
