
KULIAH KHAS PROF DR. USTAZ ABDUL SOMAD BAGI PROGRAM DIPLOMA KEBANGSAAN DA’IE DAN KEPIMPINAN DAN PROGRAM DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM
Khamis, 28 September 2023– Di dalam era digital masa kini, pendekatan dakwah perlu dipelbagaikan agar
Khamis, 28 September 2023– Di dalam era digital masa kini, pendekatan dakwah perlu dipelbagaikan agar
Berakas, 1 Oktober – Hari ini, dua orang pelajar dari Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), Universiti
Sabtu, 30 September 2023 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Unit Keugamaan dan
26 Oktober 2022M: Seramai 53 ahli-ahli pemimpin muda pandu puteri Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan di Bandar Seri Begawan.
Rombongan diketuai oleh Dr Syahirah binti Haji Shahlehi selaku penyelaras pandu puteri UNISSA dan bersama 3 orang pengawas Jawatankuasa Tadbir Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD).
Tujuan lawatan ini adalah untuk memperkenalkan dan memperlihatkan secara dekat tentang tugas-tugas dan mengenali produk yang terdapat di bahagian pusat kesenian dan pertukangan tangan.
Kedatangan ahli-ahli pemimpin muda pandu puteri beserta guru-guru pengawas yang terlibat telah dialu-alukan oleh Pegawai Perhubungan Dayang Hajah Zurina binti Abdullah dan Pegawai dan kakitangan Bahagian Pameran dan Perkhidmatan Pusat Latihan Kesenian,
Lawatan diteruskan dengan sesi taklimat tentang sejarah pusat tersebut sebelum para ahli-ahli pandu puteri diberikan kesempatan menyaksikan alat-alat serta mengikuti proses pembuatan kain tenunan.
Lawatan tersebut memberi peluang kepada pemimpin muda pandu puteri untuk lebih memahami sejarah serta mengenali produk kain-kain Tenunan Brunei yang dipamerkan di tujuh galeri pameran seperti Galeri Pameran Tenunan, Galeri Songkok, Galeri Batik, Galeri Perak, Galeri Anyaman, Galeri Tembaga dan Galeri Seniukir.
Lawatan tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderahati iaitu 2 buah Buku Terbitan UNISSA daripada penyelaras Pandu Puteri UNISSA sebagai tanda penghargaan di atas kesudian pihak Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan mengalu-alukan kedatangan ahli pandu puteri UNISSA dan ahli Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD).