PELANCARAN BUKU-BUKU TERBAHARU DAN OPEN JOURNAL SYSTEM (OJS), UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI 1444H/2022M

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah berjaya menerbitkan 28 buah buku dalam pelbagai bidang hasil tulisan beberapa orang penulis dilancarkan sempena Mahrajan Hafl Al-Takharruj Ke-12 UNISSA tahun ini. Pelancarannya telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr) Haji Al-Muhtadee Billah Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan Di Jabatan Perdana Menteri, Pro Canselor Universiti Islam Sultan Sharif Ali dan seterusnya berkenan melancarkan Open Journal System (OJS) bagi enam (6) buah jurnal UNISSA.

Sebanyak dua belas (12) buah buku dalam Bahasa Melayu, lapan (8) buah dalam Bahasa Inggeris dan empat (4) buah dalam Bahasa Arab. Di samping itu, sebanyak enam (6) buah jurnal, telah diterbitkan.

Dalam usaha pengantarabangsaan, UNISSA telah melaksanakan beberapa kerjasama dalam penerbitan iaitu penerbitan bersama penerbit universiti luar negara antaranya IIUM Press, Malaysia; UUM Press, Malaysia; USIM Press, Malaysia dan Airlangga University Press, Indonesia. Pada pelancaran tahun ini, empat (4) judul buku yang merupakan terbitan bersama IIUM Press, enam (6) judul buku merupakan terbitan bersama UUM Press, satu (1) judul buku merupakan terbitan bersama USIM Press. Manakala, satu (1) judul buku merupakan terbitan bersama Airlangga University Press, Indonesia.

Buku-buku yang diterbitkan oleh UNISSA Press pada tahun ini meliputi pelbagai bidang antaranya syariah, undang-undang, halal, pendidikan Islam dan pengurusan Islam.

Salah satu  keperluan dalam penerbitan jurnal ilmiah pada masa kini ialah untuk menerbitkannya dalam versi dan format yang dapat dicapai dengan mudah oleh penyelidik dalam bidang jurnal itu. Jurnal bercetak sudah tidak lagi relevan dalam realiti masa kini ketika perkembangan ilmu bergerak dengan pantas. Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah melakukan transformasi terhadap penerbitan jurnal ilmiahnya bagi menjadikan universiti ini, jurnal, pengarang dan makalahnya visible, terserlah dan dapat mendorong ke arah peningkatan nilai berimpaknya dengan pelancaran OJS (Open Journal Systems)  dalam penerbitan jurnal di UNISSA.

 Enam buah OJS  UNISSA yang boleh dilayari di laman sesawang https://unissa.edu.bn/journal