PELANCARAN “ALMARI INFAQ”

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

RABU, 15HB FEBRUARI 2023 – Unit Kebajikan dan Kemasyarakatan (UKBKM), Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah merasmikan Almari Infaq atau Charity Corner, pada hari Rabu, 15hb Februari 2023 bersamaan 24hb Rejab 1444H di kantin Kolej Kediaman UNISSA.

Almari Infaq merupakan satu program yang bertujuan untuk memberi ruang kepada warga UNISSA untuk menyumbang barangan seperti makanan asasi dan barang keperluan harian kepada pelajar yang menetap di Kolej Kediaman UNISSA. Program ini juga dapat memupuk rasa keprihatinan sesama kalangan warga UNISSA.

Sebagai permulaan, Almari Infaq telah menerima sumbangan daripada Tabung Ta’awun UNISSA yang merupakan platform yang sentiasa tersedia di UNISSA bagi membantu menjaga kebajikan pelajar UNISSA yang memerlukan bantuan.

Acara perasmian dan pelancaran Almari Infaq pada petang tersebut dihadiri oleh Dr Hajah Lilly Suzana binti Haji Shamsu, Penolong Rektor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tabung Ta’awun UNISSA. Turut hadir ialah ahli-ahli jawatankuasa Tabung Ta’awun UNISSA yang terdiri dari timbalan-timbalan dekan Fakulti serta ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar dan ahli-ahli Unit Kebajikan dan Kemasyarakatan, Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2021/2022.

Program ini adalah program beterusan yang akan diselenggarakan oleh Unit Kebajikan dan Kemasyarakatn UNISSA. Diharapkan program ini dapat menggalakkan semua warga UNISSA sama-sama berganding bahu menunaikan tanggungjawab sosial yang sekaligus akan menjadi saham di akhirat kelak.