PENANDATANGANAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN KERJASAMA ANTARA BRUNEI DARUSSALAM CENTRAL BANK DAN UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI
Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menandatangani sebuah
Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menandatangani sebuah
Pada hari Khamis, 19 Jamadilawal 1446H bersamaan dengan 21 November 2024M Fakulti Bahasa Arab, Universiti
Pada 18 November 2024 bersamaan dengan 16 Jamadilawal 1446, Fakulti Bahasa Arab, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)
Dalam usaha mendedahkan kemampuan pelajar dalam bidang kreativiti dan akademik, Universiti Islam Sultan Sharif Ali melalui Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban (PPHT) telah menghantar pelajar untuk ikut serta dalam pertandingan peringkat antarabangsa. Penyertaan tersebut telah menghasilkan kejayaan.
Pada 19 Oktober 2022 yang lalu UNISSA telah berjaya meraih Piala Emas dan Piala Perak dipertandingan International Innovation Competition kali ke-3 (INNOCOM III) anjuran Academic International Dialogue (AID) Academy, Malaysia dengan kerjasama Universitas Gunadarma, Indonesia. Pertandingan ini telah disertai lebih 100 penyertaan dan dinilai oleh sebanyak 44 juri dari pelbagai universiti di Malaysia melalui pembentangan video Youtube.
UNISSA dengan projek Ehtaj – Home Kitchen Composter Device Produce Halal Eco-Friendly Fertilizer, yang membincangkan “permasalahan pengurusan sisa (waste management) di Brunei sangat membimbangkan” telah dinobatkan sebagai pemenang piala emas dan peserta terbaik bagi kategori kertas abstrak lanjutan dalam kategori Sains Sosial (Idea Inovasi).
Kumpulan ini mendapat idea untuk menghasilkan satu alat yang membolehkan pengkomposan sisa-sisa makanan menjadi baja organik. Baja organik ini sangat bermanfaat kepada tumbuh-tumbuhan kerana ia memberi nutrients tambahan kepada tumbuh-tumbuhan.
Kumpulan kedua pula dengan projek BruHalal Apps telah membincangkan permasalahan kandungan e-kod dalam makanan yang menimbulkan keraguan. Maka kumpulan ini menghasilkan satu aplikasi yang boleh memudahkan pengguna tahu status kandungan e-kod berkenaan sebelum memutuskan untuk membeli produk makanan tersebut. Kumpulan ini telah diletakkan sebagai pemenang piala Perak dan Abstrak Lanjutan Terbaik dalam Kategori Sains dan Teknologi (Projek Inovasi).
Manakala pada 18 Oktober 2022 yang lalu UNISSA dan Universitas Islam Bandung, Indonesia telah menganjurkan Bandung Annual International Conference (BAIC) kali ke-5, Social and Humanities Research Symposium (SoRes) yang diadakan secara maya melalui aplikasi ZOOM.
Pihak penganjur telah mengumumkan bahawa Siti Majidah binti Rahim dan Nor Surilawana binti Haji Sulaiman iaitu pelajar Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban, UNISSA, dengan kertas kerja bertajuk ”Role of Industry Players in Generating Brunei Darussalam’s Halal Industry Development” telah meraih anugerah Favorite Video Presentation.
Sebanyak 200 peserta menyertai persidangan BAIC pada kali ini dan penilian adalah berpandukan video pembentangan kertas kerja di Youtube.
Penyertaan UNISSA dalam pertandingan ini adalah untuk membuka minda pelajar agar terus kreatif dan berinovasi mencipta sesuatu yang baru. Penyertaan ini juga bertujuan untuk membina kemahiran berfikir secara kritis dalam menghasilkan sesebuah kajian di samping untuk mengetengahkan bakat dan kemahiran persembahan dan komunikasi yang berkesan.