PELAJAR BACHELOR OF HALAL SCIENCE JALANI PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MALAYSIA

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Selasa, 18hb September 2023 – Seramai 27 orang pelajar Bachelor of Halal Science beserta 2 orang pensyarah dari Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban (PPHT), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) berlepas ke Malaysia untuk menjalani program lawatan sambil belajar.

Umumnya, industri makanan halal merupakan industri yang berpotensi tinggi untuk dibangunkan selaras dengan hasrat Negara Brunei Darussalam untuk menjadi salah satu hub produk dan barangan halal serantau. Penganjuran lawatan ini selaras dengan misi PPHT untuk menjadi sebuah Pusat Penyelidikan yang teguh menawarkan pengajian dan pembelajaran yang bertaraf antarabangsa. Sehubungan dengan itu, program lawatan ini dirancang bertujuan untuk pendedahan kepada pelajar disamping dapat bertukar-tukar buah fikiran dan pandangan demi pembangunan industri halal yang semakin kompetitif.

Lawatan yang berlangsung selama lima hari mulai 18 hingga 22 September 2023 akan merangkumi lawatan ke enam buah organisasi seperti Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), International Institute for Halal Research and Training (INHART), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Management and Science University (MSU), Halal Development Corporation Berhad (HDC), Nippon Express (Malaysia) Sdn. Bhd dan Northport (Malaysia) Berhad.

Lawatan ini akan menjadi sangat bermanfaat kepada para pelajar dimana memang sudah menjadi penanda aras bagi UNISSA dan PPHT yang sentiasa gigih meneruskan usahanya dalam meningkatkan kualiti pendidikan bagi melahirkan graduan halal science yang berkualiti tinggi, proaktif, mapan dan berkemahiran.

Selain daripada lawatan sambil belajar, mereka akan dijadualkan untuk mengadakan pembentangan perkongsian ilmu, maklumat dan data kajian dari Negara Brunei Darussalam bersama Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Pembentangan akan disampaikan oleh Raihana binti Mohd Raffi dengan tajuk Brunei’s Approach to Halal Tourism and Hospitality Industry Through M.E.S.R.A Campaign dan mewakili Halalan Thayyiban Student Society iaitu, Ak Muhammad Arshrul Waie bin Pengiran Amirrulzam dan Muhammad Ikram Mirza Bin Haji Sufri dengan tajuk Challenges in the Halal Food Eco System.