MUSABAQAH TILAWATIL QUR’AN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI PIALA CANSELOR 2022M

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Sabtu, 11 Februari 2023- Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menjadi tuan rumah bagi Musabaqah Tilawatil Qur’an Institut Pengajian Tinggi Piala Canselor 2022 pada hari Sabtu, 11hb Februari 2023 bersamaan 20hb Rejab 1444H yang berlangsung di Dewan Jubli, UNISSA.

Piala Canselor merupakan sebuah kejohanan pelbagai sukan atau pertandingan antara Institut Pengajian Tinggi (IPT) Brunei Darussalam yang diadakan setiap dua tahun. Perlawanan ini ditubuhkan pada tahun 2021 dan setiap jenis sukan atau pertandingan akan dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar daripada empat buah institut pengajian tinggi iaitu Universiti Teknologi Brunei (UTB) yang juga merupakan institut yang mengetuai Chancellor’s Trophy 2022, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) dengan sokongan penuh daripada pihak universiti masing-masing. Tujuan utama perlawanan ini dilakukan ialah untuk mendorong perkembangan, perlawanan dan persatuan sukan antara universiti-universiti dan institut-institut pengajian tinggi Brunei Darussalam. Setiap institusi akan mengambil bahagian di dalam pengendalian perlawanan dan sukan yang tersenarai dalam piala canselor tersebut.

Majlis Penutup Musabaqah Tilawatil Qur’an pada petang tersebut dihadiri oleh tetamu kehormat Yang Mulia Dr Arman bin Haji Asmad, Penolong Rektor (Penyelidikan, Antarabangsa dan Perkhidmatan) UNISSA berserta jemputan Khas daripada Institut Pengajian Tinggi Brunei Darussalam yang lain, pegawai-pegawai utama UNISSA dan mahasiswa/i UNISSA.

Sebanyak tujuh orang perserta yang telah ikut serta dalam musabqah ini yang terdiri daripada mahasiswa mahasiswi UNISSA, UBD, UTB dan KUPU SB.

Juara pertandingan bagi kategori lelaki ialah Awg Abdul Haziq Syarafuddin bin Abdul Habib daripada UNISSA, diikuti oleh Ak Md Ammarul Amsyar bin Pg Hj Marjukidaripada KUPUSB sebagai naib juara dan tempat ketiga disandang oleh Muhammad Nur Hazim Wafiuddin bin Hj Kamaruzamandaripada UTB. Penerima saguhati bagi kategori lelaki pula ialah Muhammad Izzuddin bin Haji Nor Hisham daripada UBD. Manakala juara pertandingan bagi kategori perempuan ialah Nur Amal Atiqah @ Aida binti Hj Sudirman daripada UNISSA, diikuti oleh Nurul Haziqah Ikramina binti Awg Hj Matyassin daripada UTB dan tempat ketiga disandang oleh Hajah Farizah binti Haji Kampong daripada KUPUSB. Musabaqah diakhiri dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada peserta musabaqah daripada tetamu kehormat majlis. Diharapkan pertandingan ini dapat memupuk lagi minat peserta dalam bidang tilawah dan terus mengembangkan lagi bakat yang ada.

Penyampaian sijil dan piala oleh Tetamu Kehormat Dr Arman bin Hj Asmad
Peserta lelaki
Peserta perempuan
Gambar ramai peserta bersama hakim dan Tetamu Kehormat