MINISTRIAL TALK BAGI PROGRAM PEMBANGUNAN EKSEKUTIF – PEGAWAI PENGURUSAN PERTENGAHAN (EDPMMO) KE-32

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

20 Jun 2022 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan Ministrial Talk bagi Program Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai Pengurusan Pertengahan (EDPMMO) kali ke-32 pada hari ini.

Hadir selaku Tetamu Undangan dalam menyampaikan pengisian program ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.

Tajuk pembentangan ialah “Economics Policies and Strategies Toward Achieving Brunei Vision 2035”.

Pembentangan ini adalah bertujuan untuk memberikan maklumat terkini mengenai isu-isu ekonomi di Negara Brunei Darussalam dan cabaran yang terdapat di negara ini. Di samping itu juga, perkongsian ini akan dapat membuka minda para peserta untuk sama-sama membantu memajukan ekonomi negara demi merealisasikan wawasan Brunei 2035.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah YM Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA, YM Dr Awang Norfarizal bin Othman, Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Pegawai-Pegawai Eksekutif dan Pegawai-Pegawai Utama UNISSA.

Di penghujung program juga turut diisikan dengan sesi soal jawab di antara para peserta dan Yang Mulia Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Program yang berlangsung selama setengah hari ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sesi bergambar ramai.