PENANDATANGANAN MOU ANTARA UNISSA DAN MITSUBISHI CORPORATION
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Mitsubishi Corporation pada hari
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Mitsubishi Corporation pada hari
Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menandatangani sebuah
Pada hari Khamis, 19 Jamadilawal 1446H bersamaan dengan 21 November 2024M Fakulti Bahasa Arab, Universiti
24 Julai 2023, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) hari ini telah mengadakan Majlis Amanat & Ikrar Pelajar-Pelajar Tahun 1, UNISSA sesi pengajian 2023/2024 sebagai bermulanya Minggu Ta’aruf di Dewan Auditorium, UNISSA.
Keramaian kemasukan pelajar UNISSA bagi sesi tahun 2023/2024 adalah Seramai 428 orang, iaitu 315 pelajar dalam program Prasiswazah; dan 113 orang pelajar dalam program siswazah.
Hadir selaku tetamu Kehormat Majlis ialah Pemangku Rektor UNISSA Yang Mulia Dr Arman bin Haji Asmad yang turut menyampaikan ucapan amanat dan seterusnya merasmikan Minggu Ta’aruf Sesi Pengajian 2023/2024.
YM Pemangku Rektor menyampaikan Ucapan Amanat YM Rektor antaranya mengenai perbezaan suasana alam pembelajaran daripada peringkat sekolah menengah ke alam universiti. Para pelajar dikehendaki untuk menanamkan nilai teras UNISSA yang pertama iaitu Taqwa. Sifat taqwa dalam diri mereka sesuai dengan misi UNISSA iaitu “Melahirkan pemimpin bertaqwa dan berwibawa yang menyumbang kepada pembangunan ummah melalui kecemerlangan akademik, penyelidikan dan khidmat masyarakat”
Para pelajar juga disarankan untuk memiliki integriti yang tinggi sepanjang proses pengajian di UNISSA terutama dalam peperiksaan (tidak meniru), penulisan disertasi atau tesis (tidak melakukan plagiat) dan menitikberatkan peratus kehadiran kuliah bagi membentuk sahsiah yang berwibawa.
Dalam amanat YM Rektor turut berpesan agar para pelajar mengambil peluang yang banyak disediakan dan ditawarkan selama bergelar pelajar UNISSA. Sama ada peluang meningkatkan keupayaan dalam akademik seperti mengikui kelas talaqqi di surau Shafi’i, bengkel-bengkel penulisan atau penyelidikan atau melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum, termasuklah mengikuti pertandingan bercorak akademik atau non-akademik.
Selain taqwa dan berintegriti, juga diharapkan agar para pelajar dapat mengilap kemahiran-kemahiran yang ada disebutkan oleh QS Top Universiti seperti berpikiran kritis serta berkemampuan menyelesaikan masalah, bersedia menerima kritikan yang membina, mahir dalam komunikasi dan bijak dalam pengurusan masa.
Kemahiran dalam pengurusan tenaga dan emosi juga ditekankan memandangkan isu kesihatan mental yang menjadi agenda global dan kesejahteraannya disenaraikan menjadi Matlamat Pembangunan Mampan atau Sustainable Development Goal (SDG) seperti mengamalkan pemakanan yang sihat, beriadah dan mengetahui cara mengurus tekanan.
Amanat YM Rektor juga mengalu-alukan para pelajar untuk menyertai Rakan U.M.A.T UNISSA dengan mempelajari kursus asas kaunseling dan ianya boleh menjadi satu kemahiran yang bermanfaat kepada diri pelajar semasa dalam pengajian dan setelah bergraduasi nanti.
Terdahulu sebelum itu, majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Dekan Pelajar UNISSA Yang Mulia Ustaz Haji Hayatuddin bin Haji Moksin selaku pengerusi majlis.
Minggu Ta’aruf tahun ini diadakan selama 5 hari dengan beberapa pengisian program bermanfaat yang bertujuan untuk memperkenalkan pelajar baru dengan aspek-aspek penting kehidupan sebagai seorang pelajar di UNISSA. Antaranya ialah menghayati hidup berugama, sahsiah yang cemerlang, kepimpinan dan kemasyarakatan.
Taklimat induksi yang diberikan termasuk berkenaan proses akademik, program pengajian, kursus-kursus wajib universiti, serta berkenaan kemudahan-kemudahan pembelajaran dan program ko-kurikulum yang disediakan untuk pelajar.
Selain itu, pelajar juga akan mengikuti pelbagai aktiviti keugamaan, motivasi, kesihatan mental, kepimpinan dan kemasyarakatan untuk pembangunan jati diri. Program khidmat masyarakat pada tahun ini akan mengambil tempat di pelbagai tempat di ke empat-empat daerah.
Majlis diakhiri dengan bacaan Ikrar pelajar baru diketuai oleh Awang Abdul Malik bin Bahrin, mahasiswa daripada Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam.
Majlis ini juga turut dihadiri oleh Penolong-Penolong Rektor dan Pegawai-Pegawai Utama UNISSA.