PENANDATANGANAN MOU ANTARA UNISSA DAN MITSUBISHI CORPORATION
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Mitsubishi Corporation pada hari
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Mitsubishi Corporation pada hari
Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menandatangani sebuah
Pada hari Khamis, 19 Jamadilawal 1446H bersamaan dengan 21 November 2024M Fakulti Bahasa Arab, Universiti
Jakarta, Dekan Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), Ustaz Muhammed Sahrin bin Haji Masri selaku wakil YM Dr Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali, telah menghadiri mesyuarat pertama bagi membincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan persediaan dan perancangan penganjuran Konferensi Antarabangsa Islam Borneo (KAIB) kali ke-14.
Mesyuarat berkenaan diadakan pada hari Sabtu, 04hb Februari 2023M, bertempat di Malaysian Hall, Jakarta Indonesia. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Rektor-rektor dan wakil-wakil Rektor Institusi Pengajian Tinggi di rantau Borneo. Mesyuarat ini dipengerusikan bersama oleh Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr Jamil Hamali, Rektor UiTM Sarawak dan Yang Terhormat Dr. Ir. H. Abdunnur., M.Si, Rektor Universitas Mulawarman (UNMUL) Samarinda, Kalimantan Timur, Republik Indonesia selaku Tuan Rumah KAIB ke-14.
Mesyuarat ini banyak memberikan maklumat dari persepakatan ahli-ahli bagi memastikan KAIB ke-14 dapat dijalankan dengan jayanya seperti yang dirancang. Mesyuarat ini adalah salah satu usaha bagi memastikan objektif penganjuran KAIB dapat dicapai dan direalisasikan sama ada dari sudut pengumpulan bahan ilmiah yang berkaitan dengan perkembangan Islam, sosio budaya, ekonomi dan politik sebagai rujukan pada masa hadapan serta dapat menyediakan wadah diskusi tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan peranan dan sumbangan institusi Islam serta isu-isu lain yang berkaitan termasuk mengumpulkan hasil tulisan yang berkaitan dengan manuskrip wilayah Nusantara khususnya di kepulauan Borneo ini.
Semoga konferensi ini membawa impak besar kepada pembangunan Islam dan menjadikannya sebagai platform berterusan wacana ilmu serta membangun penyelidikan keislaman dalam pelbagai disiplin ilmu dengan mewujudkan networking antara provinsi di Kalimantan dengan Sarawak, Sabah dan Negara Brunei Darussalam.
Dan semoga memberikan impak kepada negara khususnya dalam hasrat bagi pengantarabangsaan Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Negara Brunei Darussalam.