MESYUARAT AGUNG DWI-TAHUNAN ALUMNI UNISSA 2023/2025

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

 

UNISSA, Ahad, 17 Disember 2023 – Seramai 33 orang alumni Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menghadiri secara fizikal dan maya ke Mesyuarat Agung Dwi – Tahunan Alumni UNISSA anjuran Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Alumni (JKEPA) UNISSA 2021/2023 baru – baru ini yang telah diadakan pada hari Ahad, 17 Disember 2023M bertempat di bilik Pusat Latihan L1.3, UNISSA. Mesyuarat Agung ini antaranya bertujuan bagi membuat pengundian kepada pencalonan baru sekaligus melantik ahli jawatankuasa JKEPA UNISSA Sesi 2023/2025 serta pembubaran ahli JKEPA UNISSA sesi 2021/2023.

Majlis ini telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Ustaz Hamzah bin Haji Jali, Ketua Unit Tarbiyah, Persatuan Alumni UNISSA bagi Sesi 2021/2023. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Yang Mulia Awang Haji Muhammad Dzulhilmi bin Haji Moharefandi selaku Yang Di-Pertua (YDP) JKEPA UNISSA Sesi 2021/2023, dan dihadiri oleh ahli – ahli Jawatakuasa JKEPA UNISSA sesi 2021/2023 yang lain dan ahli-ahli Alumni UNISSA. Mesyuarat Agung dimulakan dengan ucapan ringkas dari Yang Mulia YDP bagi memberikan sedikit pengenalan mengenai Persatuan Alumni UNISSA. Seterusnya pembentangan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan belanjawan oleh JKEPA UNISSA sepanjang dua tahun yang disampaikan oleh Yang Mulia Md Hisyamuddin bin Mohamad Ali, selaku Setiausaha JKEPA UNISSA sesi 2021/2023 dan Yang Mulia Ahmad Hassanul Fikri bin Asmalee, selaku Bendahari JKEPA UNISSA sesi 2021/2023.

Majlis diteruskan dengan pengudian calon-calon yang terpilih oleh warga alumni untuk dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Alumni UNISSA 2023/2025. Hasil undian telah menobatkan Dr Md Yadiy bin Hj Mat Yassin, Alumni Tahun 2018 & 2023 sebagai Yang Di-Pertua JKEPA UNISSA 2023/2025, Hj Md Ifwat bin Hj Md Jane, Alumni Tahun 2023 sebagai Naib Yang Di-Pertua 1 dan Nazihatul Afifah binti Hj Abd Hamid, Alumni Tahun 2019 sebagai Naib Yang Di-Pertua 2.

Sebagai penutup, YDP JKEPA UNISSA 2021/2023 telah mengucapkan tahniah kepada semua ahli-ahli JKEPA UNISSA yang baharu dan berharap agar generasi seterusnya akan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi dengan baik dan jayanya. YDP juga merakamkan terima kasih kepada ahli-ahli JKEPA UNISSA 2021/2023 diatas menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberi sepanjang dua tahun memegang jawatan di Persatuan Alumni UNISSA. Majlis ditutup dengan bacaan Surah Al-Asr.