
Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, UNISSA sertai Blueprint Endowmen 5.0 bagi memperkukuh kelestarian kewangan UNISSA
Kuala Lumpur, 30 Julai 2026 – Program Pembangunan Kapasiti Blueprint Endowmen 5.0: Strategi Menjana Dana

Kuala Lumpur, 30 Julai 2026 – Program Pembangunan Kapasiti Blueprint Endowmen 5.0: Strategi Menjana Dana

UNISSA, FEKIm, menghadiri Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara ke-20 telah diadakan di Hilton Hotel, Kinabalu Sabah

Selasa,28 Julai 2026-Alhamdullilah, dua orang pelajar mewakili Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm), iaitu Muhammad
24 Mei. Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal telah menghadiri 14th Doha Conference for Interfaith Dialogue (DICID) yang berlangsung selama (2) dua hari bermula pada 24 sehingga 25 Mei di Doha, Qatar.
Persidangan antarabangsa ini dianjurkan oleh Pusat Antarabangsa Dialog Antara Agama Doha dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negara Qatar dengan membawa tema ”Agama dan Ucapan Kebencian: Kitab Suci dan Praktik”.
Persidangan tersebut dirasmikan oleh Tuan yang Terutama Sultan bin Saad Al-Muraikh, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Qatar. Dalam ucapan perasmian beliau menekankan kepentingan perbincangan serius daripada semua pemimpin agama, ulama, dan pemikir yang hadir pada persidangan tersebut dengan pelan tindakan dan inisiatif yang realistik bagi menghadapi semua bentuk ucapan kebencian; sama ada agama, falsafah, atau undang-undang, dan menjelaskan tentang bahaya ucapan kebencian dalam masyarakat agar setiap orang menjalani kehidupan yang bebas, selamat dan bermaruah tanpa mengira agama, jantina atau warna kulit mereka. Beliau juga menegaskan bahawa semua agama itu penuh dengan rahmat, menyeru kepada perdamaian dan kasih sayang antara manusia sejagat, memelihara nyawa dan menolak sebarang keganasan.
Beliau seterusnya menyampaikan anugerah prestij kepada tiga orang penerima yang telah menyumbang membawa mesej perdamaian dan persefahaman dalam pelbagai agama. Diantara penerimanya ialah Dr Mohamed Khalifa Hassan dari Republik Arab Mesir.
Persidangan tersebut bertujuan antara lainnya untuk memupuk rasa hormat dan toleransi antara pelbagai fahaman agama serta kepercayaan demi menanamkan rasa mahabbah persaudaraan dan menolak fahaman fanatik dan kebencian dalam beragama.
Persidangan turut menghimpunkan lebih 300 ulama, pemimpin agama, para cendikiawan dari 70 buah negara seluruh dunia. Majlis diselajurkan dengan perasmian bangunan Interfaith Dialogue Center yang terletak di Katara, Qatar.
Turut menyertai Rektor UNISSA dalam persidangan tersebut ialah Pemangku Penolong Rektor (Antarabangsa dan Perkhidmatan) UNISSA, Dr. Haji Hambali bin Haji Jaili.
