
Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara Mengadakan Sesi Dialog & Lawatan Kerja Ke UNISSA
SINAUT, Selasa, 16 Jun 2026 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Kampus Sinaut telah

SINAUT, Selasa, 16 Jun 2026 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Kampus Sinaut telah

Rabu,10 JUN 2026M — Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm), Universiti Islam Sultan Sharif Ali

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 13 Jun 2026. – Tiga pelajar dari Fakulti Ekonomi dan Kewangan
Selasa, 13 Februari 2024 – UNISSA telah mengadakan Memorandum Persafahaman Bersama Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang berlangsung di Bilik Muzakarah, Pusat Pengajian Kesenian Dan Kaligrafi Islam Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Rumah Semaun, Jalan Jerambak.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Dr Haji Norarfan Bin Haji Zainal, Rektor UNISSA dan Dr. Nor Imtihan Binti Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah Dan Alam Sekitar) selaku Pemangku Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Antara tujuan memorandum persefahaman adalah untuk mengembangkan dan meningkatkan kerjasama dalam bidang kesenian dan kaligrafi islam melalui program-program latihan, bengkel-bengkel dan seterusnya. Selain itu juga memorandum dihasrat untuk menggalakkan dan mempromosikan kerjasama dalam bidang-bidang seperti, pengajaran dan pembelajaran , penempatan tenaga pengajar; penempatan pelajar; kursus-kursus latihan; pertukaran penerbitan; program kerjasama penyelidikan dan pengajaran dan lain-lain.
Memorandum ini juga diharapkan agar kaligrafi Islam dapat dimartabatkan dan sentiasa dilestarikan serta tetap diamalkan dalam kalangan belia agar ianya tidak pupus ditelan zaman.
