MALAM MUNAJAT MINGGU KE-25 ANJURAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA (PERINGKAT UNISSA)

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Sabtu, 5 Mac 2022, Majlis Malam Munajat anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama minggu kali ke-25 melibatkan penyertaan daripada warga Univeristi Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) ,Kemwnterian Pendidikan disamping bersama 49 buah masjid seluruh negara mengikuti Malam Munajat kali ini secara maya.

Malam Munajat minggu ini dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan. Ini diikuti dengan bacaan Surah Yasin beramai-ramai dipimpin oleh Yang Mulia Awang Haji Abd Rahman bin Haji Abdul Manaf, Pegawai Pelajaran dari Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan, secara maya dari Masjid Kampong Beribi bersama-sama jemaah masjid tersebut.

Mewakili UNISSA, Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA selaku Ahli Majlis Ugama Islam telah berkesudian membacaakan Doa Munajat bagi memohon keampunan dari Allah Subhanahu Wa Ta‘ala dan terhindar dari bala bencana serta penyakit merbahaya dibacakan secara maya dari Surau Asy-Syafi‘i, UNISSA. Dan Yang Mulia Dr Haji Hambali bin Haji Pemangku Penolong Rektor (Antarabangsa dan Perkhidmatan), UNISSA menyampaikan tazkirah bertajuk ‘Allah Tutup Aib Kita’ juga secara maya dari Surau Asy-Syafi`i, UNISSA.

Manakala bacaan Selawat Ibrahimiyyah beramai-ramai dipimpin oleh Yang Mulia Awang Haji Muhammad Nazreen Hazwan bin Haji Suani, Pegawai Pelajaran dari Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, secara maya dari Mushalla Al-Ameen, Pusat Da’wah Islamiah. Acara diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Yang Mulia Awang Akup bin Haji Lamat, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Mohammad Jamalul Alam, Kuala Belait.

Turut menyertai Malam Munajat minggu ini ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Timbalan-Timbalan Menteri; Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pendidikan.