
UNISSA SERTAI DEBAT ARAB DI UIA, MALAYSIA
Bandar Seri Begawan, Jumaat, 08 Disember 2023, Universiti Islam Sultan Sharif Ali telah menghantar 4
Bandar Seri Begawan, Jumaat, 08 Disember 2023, Universiti Islam Sultan Sharif Ali telah menghantar 4
MUARA, Ahad, 29 Oktober – Seramai 41 orang peserta yang terdiri daripada pelajar, tenaga akademik
Rabu, 15 November 2023 – Menerima lawatan dan seterusnya Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Unit Keugamaan dan Takmir Surau, Pejabat Hal Ehwal Pelajar mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran, Penutup Tadarus, Iftar Jama’ie (Berbuka Puasa) & Penyampaian Derma Anak Yatim Warga UNISSA pada hari Selasa, 20 Ramadhan 1444H bersamaan 11 April 2023M, jam 5.15 petang, bertempat di Surau Al-Syafi’i, UNISSA.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal. Juga turut hadir ialah penolong-penolong rektor, pegawai-pegawai utama, tenaga akademik, pegawai dan kakitangan serta mahasiswa/i yang menetap di Kolej Kediaman UNISSA.
Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat dan kemudian diikuti dengan bacaan Khatam Al-Quran.
Seramai 31 orang anak yatim warga UNISSA menerima sumbangan yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.
Majlis kemudian diserikan dengan tazkirah khas bertemakan Bersabar, Berikhtiar, Bertawakkal dan Berdoa Menghadapi Ujian dengan Petunjuk Al-Qur’an disampaikan oleh Dr Zulamali @Abdul Aziz bin Begawan Pehin Khatib Haji Matassan, Pensyarah Fakulti Bahasa Arab.
Majlis ini adalah kesinambungan daripada Majlis Tadarus Al-Quran yang berjalan sepanjang bulan Ramadhan selepas sembahyang Fardu Zuhur yang melibatkan tenaga akademik, pegawai dan kakitangan serta mahasiswa/i UNISSA. Ia bertujuan memberi dorongan untuk melazimkan pembacaan Al-Quran di samping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama warga UNISSA dalam meraih ganjaran pahala yang berlipat ganda dalam bulan Ramadhan.