MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1444H DAN PENYAMPAIAN ANUGERAH KHIDMAT MASYARAKAT SESI 2021M/2022M

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

ALHAMDULILLAH, 6 Ogos 2022;Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar mengadakan Majlis Sambutan Awal Tahun 1444 Hijrah dan diselajurkan dengan Penyampaian Anugerah Khidmat Masyarakat sesi 2021M/2022M berlangsung di Dewan Auditorium, UNISSA.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal.

Sambutan tersebut disemarakkan dengan Forum Khas yang bertemakan “Bersabar, Berikhtiar, Bertawakkal dan Berdoa Menghadapi Ujian; Memacu Wawasan Negara.”

Ahli panel yang terlibat terdiri daripada Pelajar-Pelajar Tahun 3, Awang Abdul Shafiq bin Roszani dari Fakulti Bahasa Arab dan Awang Muhammad Haziq bin Haji Ahad dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang. Manakala forum dipengerusikan oleh pelajar Tahun 2, Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, Awang Muhammad Faris Amsyar bin Ismail.

Antara inti pati yang dapat diambil daripada forum berkenaan bahawa cabaran dan rintangan pasti akan terjadi dalam menghadapi pembelajaran demi untuk mencapai kejayaan. Namun cabaran tersebut akan dapat diatasi dengan penyusunan strategik perancangan yang lebih padu dan berkesan. Bersabar, Berikhtiar, Bertawakkal dan Berdoa adalah 4 perinsip yang perlu diterapkan di dalam masyarakat dan pelajar khususnya. Dengan perinsip-perinsip ini akan mampu menangkis apa jua cabaran dan ujian lebih-lebih lagi di dalam situasi masa ini yang tidak menentu. Oleh itu, kemurnian sifat-sifat yang murni ini adalah faktor kejayaan dalam menghadapi kesusahan dan kepayahan hidup dengan hati yang tenang, berlapang dada, tidak berputus asa dan tidak mudah menyerah kalah.

Tujuan majlis tersebut diadakan adalah bagi memperingati peristiwa agung penghijrahan Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dari Kota Mekah Al-Mukarramah ke Kota Madinah Al-Munawwarah di samping memberikan motivasi kepada pelajar agar mencontohi semangat pengorbanan dan perjuangan untuk diaplikasikan dalam pembelajaran.

Majlis diteruskan dengan Penyampaian Anugerah Khidmat Masyarakat sesi 2021M/2022M yang disempurnakan oleh Rektor UNISSA.

Sebanyak sebelas pencalonan anugerah khidmat masyarakat telah diterima dan tiga projek terbaik menerima anugerah tersebut iaitu Sedekah Week 2.0: Ukhwah for Ummah, Program Collect Against the Clock: Pick, Clean and Win Challenge dan Program Sedekah Week: Ukhwah 4 Ummah.

Aktiviti ini telah diungkayahkan oleh Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, UNISSA bertujuan untuk mengembangkan kreativiti mahasiswa/i melalui sumbangan buah fikiran dalam melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat dan mewujudkan persaingan yang positif dalam kalangan mahasiswa/i demi untuk menghasilkan khidmat masyarakat yang terbaik dan memberi impak yang berkesan.

Turut hadir ialah penolong-penolong rektor, pegawai-pegawai utama, tenaga akademik, pegawai dan kakitangan serta mahasiswa dan mahasiswi UNISSA.